|
Tujuan:
Bacaan Al-Mathurat Sughra (Pagi) diadakan untuk memohon perlindungan dari Allah agar dapat dihindari daripada wabak Covid-19.
Aktiviti:
Bacaan Al-Mathurat Sughra (Pagi) anjuran Badan Amal Dan Usaha Isteri-Isteri Negeri Perak (BAIDURI) ini diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi zoom. Petugas PIK daripada Perak menyertai bacaan ini.
|
Tujuan:
Bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa selamat untuk memohon kepada Allah agar dikurniakan kesembuhan kepada yang dijangkiti Covid-19 serta memohon perlindungan dari Allah agar dapat dihindari daripada wabak Covid-19 yang semakin berleluasa kini.
Aktiviti:
Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat anjuran Pejabat Wilayah Utara ini diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi zoom. Semua petugas PIK daripada Perak dan Kedah telah menyertai bacaan yasin ini.
|
Tujuan:
Kelas tuisyen Bahasa Melayu yang diadakan diatas talian untuk pelajar-pelajar yang ingin pengetahuan tambahan selain daripada PnP & PDpR yang diberikan guru.
Aktiviti:
PIK E TUISYEN ini merupakan salah satu program memperkasakan Pusat Internet Komuniti bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan kelas tambahan dengan bayaran yang murah dengan menggunakan platform pembelajaran & pengajaran secara atas talian menggunakan aplikasi zoom.
Gambar Aktiviti
|
Tujuan:
Program Motivasi Perpustakaan Desa
Aktiviti:
Ketua pustakwan Perpustakaan Desa Kampung Tersusun Batu 8 menghadiri Program Motivasi anjuran PNM secara atas talian dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PIK.
|
Tujuan:
Program PUPUK@Shopee Uni Intermediate BM x MCMC
Aktiviti:
Kempen PUPUK @ Shopee adalah kerjasama antara Shopee dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dari bulan Julai hingga Disember 2021. Sebanyak 1,000 usahawan Mikro akan dibimbing oleh Shopee untuk meningkatkan penjualan mereka di platform digital mereka. Melalui tempoh kempen ini, SKMM akan memberikan sokongan dalam bentuk bantuan kewangan yang akan ditukar menjadi baucar diskaun, baucar kedai, dan baucar penghantaran percuma kepada usahawan yang mengambil bahagian dalam kempen ini.
Intipati program Shopee University Pertengahan - Petua Pemasaran Untuk Kedai Shopee Anda x MCMC yang berlansung selama 2 jam ini diadakan untuk membantu para penjual meningkatkan prestasi kedai dengan mendedahkan mereka kepada alatan-alatan serta program-program yang tersedia untuk digunakan serta memberi tips kepada para penjual untuk menambah baik cara penjualan mereka di Shopee. Sesi PUPUKxShopee pada kali ini disampaikan oleh pelatih ShopeeUni iaitu Pn Atika Sikun.