Tarikh   :22 Julai 2021
 Hari :Khamis
 Masa :4.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi   :Secara Online (Zoom)
 Peserta :40 Orang

Tujuan: 

Program sembang santai MIVO: Sukarelawan Untuk Semua 2021

Aktiviti:  

Program sembang santai MIVO ini diadakan bagi memberi peluang kepada sukarelawan MIVO berkongsi mengenai perkembangan aktiviti dan juga untuk membincangkan sebarang isu-isu berkaitan yang timbul sekiranya ada sepanjang aktiviti sukarelawan ini dijalankan. Antara perkara yang dibincangkan adalah penjagaan keselamatan dalam mencegah virus Covid-19 serta menggalakkan komuniti untuk mendaftar vaksin. Selain itu, isu scammer yang semakin berleluasa serta pendedahan berkaitan keselamatan siber juga turut dibincangkan.

Program MIVO anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia secara tidak langsung dapat membantu kerajaan dalam memberi pendedahan berkenaan mengenai penggunaan ICT dengan betul, selamat dan bertanggungjawab serta menyampaikan maklumat yang sahih kepada komuniti justeru dapat membendung penularan berita palsu yang semakin berleluasa pada masa kini.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :14 Julai 2021
 Hari :Rabu
 Masa :10.30 Pagi - 11.30 Pagi
 Lokasi   :Secara Online (Zoom)
 Peserta :Petugas PIK

Tujuan: 

Penerangan tentang Program A&P Dan Latihan Tahun 2021

Aktiviti:  

Petugas PIK telah diberikan penerangan mengenai Program A&P iaitu Pertandingan Usahawan PIK. Antara intipati taklimat adalah syarat penyertaan, cara pelaksanaan program serta kriteria pemenang.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :6 Julai 2021
 Hari :Selasa
 Masa :10.00 Pagi - 11.00 Pagi
 Lokasi   :Secara Online (Zoom)
 Peserta :10 Orang

Tujuan: 

Program sembang santai MIVO: Sukarelawan Untuk Semua 2021

Aktiviti:  

Program sembang santai MIVO ini diadakan bagi memberi peluang kepada sukarelawan MIVO berkongsi mengenai perkembangan aktiviti dan juga untuk membincangkan sebarang isu-isu berkaitan yang timbul sekiranya ada sepanjang aktiviti sukarelawan ini dijalankan. Selain itu, penerangan ringkas tentang cara mengisi borang maklum balas bagi program perlaksanaan aktiviti sukarelawan ini juga telah disampaikan oleh Sekretariat MIV,Puan Nur Amanina. 

 

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :9 Julai 2021
 Hari :Selasa
 Masa :10.15 Pagi - 11.15 Pagi
 Lokasi   :Secara Online (Zoom)

Tujuan: 

Program Budaya Membaca dalam kalangan Siswa Guru

Aktiviti:  

Petugas PIK telah menyertai Program Budaya Membaca dalam kalangan Siswa Guru anjuran Jawatankuasa Budaya IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Pepustakaan Desa Kg Tersusun Batu 8 bersama pelajar-pelajar IPG Kampus Ipoh. Intipati yang dipertengahkan didalam program ini adalah penerangan secara lebih mendalam maksud disebalik lagu Membaca Gaya Wawasan, peranan buku serta pengenalan kepada E-pustaka.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :22 Jun 2021
 Hari :Selasa
 Masa :10.00 Pagi - 12.00 T/Hari
 Lokasi   :Secara Online
 Peserta :4 Orang

Tujuan: 

Aktiviti kuiz ICT yang diadakan secara atas talian berikutan PKP 3.0.

Aktiviti:  

Petugas PIK menyediakan kuiz atas talian menggunakan aplikasi Wordwall.net dan memasukkan link kuiz di laman media sosial. Peserta menjawab soalan kuiz berdasarkan link yang disediakan. Aktiviti ini diadakan secara atas talian berikutan PKP 3.0. Aktiviti ini dapat menguji peserta untuk menyuaipadankan nama yang diberikan kepada setiap bahagian komputer dengan betul.

Gambar Aktiviti