|
Tujuan:
Program sembang santai MIVO: Sukarelawan Untuk Semua 2021
Aktiviti:
Program sembang santai MIVO sesi 15 ini merupakan sesi pertemuan atas talian yang terakhir bagi sukarelawan pada tahun ini. Pada sesi kali ini telah diadakan pendedahan kepada pengisian borang maklum balas yang akan diisi oleh semua sukarelawan yang terlibat di akhir program MIVO ini. Penerangan secara terperinci mengenai borang maklum balas yang disampaikan oleh Puan Amanina dapat difahami dengan jelas oleh semua sukarelawan yang hadir.
|
Tujuan:
Mempelajari membuat dokumen menggunakan Google Docs
Aktiviti:
Petugas memberi panduan dan pendedahan cara menggunakan Google Docs. Google Docs yang mempunyai sama fungsi seperti Microsoft Word dapat memudahkan ahli PIK membuat, melihat, dan mengedit dokumen secara online. Kelebihan Google Docs ini membolehkan pengguna berkongsi dokumen serta membolehkan pengguna mengedit dokumen bersama dengan orang yang diingin dan dokumen tersebut dapat disimpan secara langsung bagi mengelakkan kehilangan dokumen tersebut.
|
Tujuan:
Aktiviti:
Kempen PUPUK @ Shopee adalah kerjasama antara Shopee dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dari bulan Julai hingga Disember 2021. Sebanyak 1,000 usahawan Mikro akan dibimbing oleh Shopee untuk meningkatkan penjualan mereka di platform digital mereka. Melalui tempoh kempen ini, SKMM akan memberikan sokongan dalam bentuk bantuan kewangan yang akan ditukar menjadi baucar diskaun, baucar kedai, dan baucar penghantaran percuma kepada usahawan yang mengambil bahagian dalam kempen ini.
Intipati program Shopee University Asas - Mulakan Bisnes e-Dagang Anda Bersama Shopee! x MCMC yang berlansung selama 2 jam ini memperkenalkan shopee dan persediaan kedai di Shopee. Selain itu, topik-topik seperti cara memasarkan kedai, penghantaran pesanan serta menguruskan keewangan penjualan turut disampaikan oleh pelatih Shopee University Asas, Pn Atikah.
|
Tujuan:
Program sembang santai MIVO: Sukarelawan Untuk Semua 2021
Aktiviti:
Program sembang santai MIVO ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pengisian borang maklum balas yang akan diisi oleh semua sukarelawan yang terlibat di akhir program MIVO ini. Penerangan secara terperinci mengenai borang maklum balas yang disampaikan oleh Puan Amanina dapat difahami dengan jelas oleh semua sukarelawan yang hadir.
|
Tujuan:
Cara Editing Poster di Canva
Aktiviti:
Petugas memberi pendedahan serta penerangan cara-cara membuat pengubahsuaian poster di Canva. Platform Canva ini dapat memudahkan pengguna untuk mencipta poster mengikut kreativiti tersendiri.