Tarikh   :16 Jun 2021
 Hari :Rabu
 Masa :12.00 T/Hari - 2.00 Petang
 Lokasi   :Secara Online (Whatsapp)
 Peserta :1 Orang

Tujuan: 

Penerangan berkenaan Program Jaringan Prihatin untuk golongan B40.

Aktiviti: 

Petugas PIK memberikan penerangan mengenai Program Jaringan Prihatin untuk golongan B40. Petugas PIK membantu ahli PIK memeriksa kelayakan penebusan rebat di laman sesawang telekomunikasi yang menawarkan program Jaringan Prihatin. Program inisiatif Kerajaan Malaysia ini disasarkan bagi kelompok B40 bagi golongan individu sebanyak RM180 atau isi rumah sebanyak RM300 untuk menikmati subsidi telekomunikasi untuk pelan internet atau peranti 4G.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :14 Jun 2021
 Hari :Isnin
 Masa :2.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi   :Secara Online
 Peserta :3 Orang

Tujuan: 

Aktiviti PKP 3.0 kuiz bahasa Inggeris secara atas talian.

Aktiviti: 

Petugas PIK menyediakan kuiz atas talian menggunakan aplikasi Wordwall.net dan memasukkan link kuiz di laman media sosial. Peserta menjawab soalan kuiz berdasarkan link yang disediakan. Aktiviti ini diadakan secara atas talian berikutan PKP 3.0. Aktiviti ini dapat menguji peserta sambil mengulangkaji subjek bahasa inggeris.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :10 Jun 2021
 Hari :Khamis
 Masa :3.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi   :Secara Online
 Peserta :4 Orang

Tujuan: 

Aktiviti PKP 3.0 kuiz atas talian sambil mengulangkaji subjek sains.

Aktiviti: 

Petugas PIK menyediakan kuiz atas talian menggunakan aplikasi Wordwall.net dan memasukkan link kuiz di laman media sosial. Peserta menjawab soalan kuiz berdasarkan link yang disediakan. Aktiviti ini dapat menguji kefahaman peserta sambil mengulangkaji subjek sains.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :12 Jun 2021
 Hari :Sabtu
 Masa :8.30 Pagi - 12.30 T/Hari
 Lokasi   :Secara Online (Zoom)

Tujuan: 

Bengkel Malaysia ICT Volunteer

Aktiviti: 

Petugas PIK menghadiri taklimat Bengkel Malaysia ICT Volunteer yang diadakan secara online melalui aplikasi Zoom. Bengkel ini diadakan bertujuan memberi penerangan aktiviti kepada para sukarelawan bagi menyampaikan kaedah penyebaran maklumat serta menyebarkan mesej advokasi MCMC antaranya  seperti Klik Dengan Bijak (KDB), Sebenarnya.my secara dalam talian mahupun di luar talian.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :8 Jun 2021
 Hari :Selasa
 Masa :10.00 Pagi - 1.00 t/Hari
 Lokasi   :Secara Online (Whatsapp)
 Peserta :1 Orang

Tujuan: 

Membantu komuniti membuat pendaftaran operasi perniagaan sepanjang tempoh PKP 3.0

Aktiviti: 

Petugas PIK membantu komuniti membuat pendaftaran operasi perniagaan sepanjang tempoh PKP 3.0 di laman sesawang Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.

Gambar Aktiviti