PENDAFTARAN AHLI BARU BULAN DISEMBER 2016 | 12 ORANG |
JUMLAH KEAHLIAN TERDAHULU | 377 ORANG |
JUMLAH KESELURUHAN AHLI | 389 ORANG AHLI |
Pusat Internet Malaysia Kg Tersusun Batu 8 telah mula beroperasi pada 19 September 2015, Pusat Internet Malaysia Kg Tersusun Batu 8 merupakan salah satu dari 10 pusat internet yang dibuka dibawah fasa 7 miskin bandar(urban poor), yang tertumpu kepada kawasan-kawasan semi bandar yang penduduknya mempunyai purata pendapatan bawah dari RM 2,000 sebulan. Pada mulanya projek pusat internet ini dirancang untuk dibangunkan di Kampung Sg. Rokam di Gunung Rapat, tetapi atas beberapa sebab tertentu projek ini akhirnya dibangunkan di Kampung Tersusun Batu 8, Hulu Kinta.
dikendalikan oleh 2 orang petugas iaitu seorang Pengurus dan seorang Penolong Pengurus, ini beroperasi setiap hari. Pusat Internet Malaysia ini dilengkapi kemudahan ICT seperti 20 buah komputer, internet, smartboard, wifi dan lain-lain.

SELAMAT DATANG
Pusat Internet Malaysia KG Tersusun Batu 8, Tambun, Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal kami. Apa itu Pusat Internet Malaysia? Pusat Internet Malaysia merupakan satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).
OBJEKTIF UTAMA PENUBUHAN PUSAT INTERNET
-
- Menyediakan capaian komunikasi secara kolektif dan individu di kawasan kurang mendapat liputan dan kepada kumpulan yang kurang diberi perkhidmatan
- Meningkatkan penggunaan ICT bagi membina masyarakat berasaskan pengetahuan
- Menyumbang ke arah pembangunan sosio ekonomi masyarakat setempat
- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
WAKTU OPERASI PUSAT INTERNET MALAYSIA KG. TERSUSUN BATU 8
HARI | MASA OPERASI | WAKTU REHAT |
ISNIN - AHAD | 9.00 PAGI - 6.00 PETANG | 1 .00 TENGAHARI - 2.00 PETANG |
JUMAAT | 9.00 PAGI - 6.00 PETANG | 12.30 TENGAHRI - 2.30 PETANG |
TUTUP PADA CUTI UMUM |
sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan selepas pukul 6.00 petang, hubungi /maklukan pada petugas pi
KEMUDAHAN & PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
-
- Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi.
- Kemudahan 20 buah komputer kesemuanya, 10 didalam bilik latihan bagi tujuan pembelajaran, manakala 10 lagi diluar bilik untuk kegunaan pelangggan.
- Kemudahan fotokopi/photostat, pencetak/printer, pengimbasan/scan, limanate dan binding.
- 3D Printer turut ada di pusat internet Malaysia Kg Tersusun Batu 8
- Kemudahan fasaliti yang moden, selesa, bersih dan berhawa dingin.
-
PIM turut dilengkapi dengan fasiliti khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) melayari internet dan juga turut menyediakan ruangan khas untuk anak kecil.
-
Perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar (KTW).
-
Program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus khas untuk ahli pi1m.
YURAN KEAHLIAN
-
- Keahlian terbuka pada semua penduduk tempatan.
- Untuk menjadi ahli hanya RM5.00 seumur hidup.
- Ahli mendapat keistimewaan dari segi latihan dan bayaran penggunaan.
KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI PUSAT INTERNET MALAYSIA
AHLI | BUKAN AHLI |
DAPAT MENGIKUTI LATIHAN/PROGRAM ICT ATAUPUN PROGRAM KEUSAHAWANAN SECARA PERCUAMA |
TIDAK LAYAK MENGIKUTI SEBARAN L ATIHAN ATAU PROGRAM YANG DI ADAKAN |
KADAR BAYARAN CAJ KOMPUTER RM 1.00 SEJAM | KADAR BAYARAN RM 2.00 SEJAM |
PERCUMA BERMAIN KOMPUTER 1JAM SELAMA 90 HARI | KADAR BAYARAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH MAHAL |
KEMUDAHAN MELAYARI WIFI KOMUNITI (WK) | MASIH BOLEH LAGI MELAYARI WIFI KOMUNITI (WK) |
KADAR BAYARAN PERKHIDMATAN SEPERTI FOTOKOPI, PRINT & LAIN-LAIN LEBIH MURAH | TIADA KEISTIMEWAAN UNTUK MEMINJAM NETBOOK DAN TIDAK BOLEH MEGUMPUL MATA SETIAP KALI MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN |
DAPAT MEMINJAM NETBOOK MALAYSIA SECARA PERCUMA |
|
DAPAT LOG MASUK KE DASHBOARD KOMUNITI YANG DISEDIAKAN |
|
PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH (I-HEALTH) SECARA PERCUMA |
|
SETIAP AHLI AKAN DAPAT KAD KEAHLIAN DAN BOLEH MENGUMPUL MATA/POINT SETIAP KALI MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN DI PUSAT INTERNET MALAYSIA |
PETUGAS - PETUGAS PUSAT INTERNET MALAYSIA KG TERSUSUN BATU 8
PENGURUS PENOLONG PENGURUS
ALAMAT |
Pusat Internet Malaysia,
Pusat Khidmat Masyarakat,
Kampung Tersusun Batu 8,
31150 Ulu Kinta, Perak
|
LATITUDE, LONGITUDE |
4.654498, 101.155264
|
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | |
https://www.facebook.com/PiBatu8Tambun | |
YOUTUBE CHANEL | pi1m Kg tersusun batu 8 |
PORTAL | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
https://www.instagram.com/pusat_internet_bt_8/ |