Perak mempunyai banyak tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.Ia kaya dengan alam semulajadi yang indah seperti hutan lipur,air terjun,gua dan gunong yang sesuai untuk pelancongan semulajadi. Selain itu, terdapat beberapa tempat peninggalan sejarah yang menarik dan taman rekreasi yang sering menjadi tumpuan untuk dilawati.

Berikut antara tempat yang menarik untuk dilawati berhampiran dengan PEDi Kg Tersusun Batu 8.


 

TAMAN TEMA : LOST WORLD OF TAMBUN

Tambun terkenal dengan taman tema: Lost World yang merupakan tarikan kepada semua pelancong. Lost World of Tambun juga merupakan taman tema semulajadi yang terbesar di malaysia. terdapat 6 tarikan di Lost World iaitu taman tema air(water Park),Amusement Park,Lost World Petting Zoo,Tiger Valey, Tin valley, Adventure Park dan Lost World Hot Spring & Spa.

Website : http://sunwaylostworldoftambun.com/ 

Alamat
No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh
31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
 

TASIK CERMIN

Tasik Cermin terletak di kawasan Gunung Rapat Ipoh.Keunikan tasik cermin ialah anda perlu melalui satu terowong untuk sampai ke sana.Air tasik tidak berkocak dalam erti kata lain menyebabkan terjadinya "water reflection".Itulah salah satu punca tasik ini digelar tasik cermin.Kebanyakan pelancong yg mencari tasik cermin adalah pelukis atau fotografer dek kerana keindahan pemandangan dekat sana.

 

 

 


 MUZIUM DARUL RIDZUAN

Muzium ini terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan berhampiran dengan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Dibuka kepada pengunjung pada tahun 1992. Bangunanya telah dibina lebih dari 100 tahun yang lalu. Ia memaparkan pelbagai jenis artifak yang menarik dan memberi maklumat tentang sejarah pembangunan bandaraya Ipoh terutamanya dalam sektor perlombongan bijih timah. Muzium ini juga turut di gunakan oleh pihak kerajaan, swasta mahupun NGO yang ingin mengadakan pameran - pameran mereka. 

Buka : Isnin - Jumaat (Kecuali Cuti Umum)

Pukul : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

Masuk adalah percuma! 

 


 GUNUNG LANG

Telah dibuka pada pada Oktober 2000 dengan keluasan 30.35 hektar dimana 14.16 hektar darinya ialah tasek . Gunong Lang Salah satu tempat pelancongan yang harus di kunjungi. kesan peninggalan sejarah perlombongan zaman dahulu  ini telah dimajukan dan di lengkapi pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Antara yang menarik di Gunong Lang ini ialah tasek yang agak luas,menara pandang jauh,jeti bot serta air terjun buatan  tertinggi di Malaysia.

Selain itu anda boleh menaiki bot untuk merentasi tasik di Gunong Lang bagi ke sebuah taman di seberangnya. Bayaran dikenakan.

Waktu Operasai 

 8.30 Pagi - 6.00 Petang

 Harga Tiket

Dewasa : RM 3.00

Kanak-kanak : RM 1.50

Wargaemas : RM 1.50


 MUZIUM GEOLOGI

Muzium Geologi ditubuhkan pada 1957 dengan perletakan batu asas bangunan oleh Raja Muda Perak, Raja Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah. Muzium ini merupakan sebahagian daripada kompleks Jabatan Mineral dan Geosains dan memainkan peranan penting sebagai pusat pembelajaran dan pendidikan geologi dan geosains di negara kita.

Muzium bertaraf 5 bintang ini  terletak di jalan Sultan Azlan Shah. Menempatkan hampir 700 spesimen batuan berserta hasil kajian Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. 

Buka : Isnin - Ahad (kecuali Kelepasan Am)

Pukul : 8.30 Pagi - 5.00 Petang (Isnin - Jumaat)

            9.00 Pagi - 5.00 Petang (Sabtu - Ahad)

Masuk Percuma!

Klik Sinihttp://www.jmg.gov.my/en/awam/kemudahan/muzium-geologi