Kesihatan yang baik dapat menjamin kesejahteraan hidup yang sihat dan cergas. Kesihatan kini bukan sahaja berpaksikan kepada kesihatan fizikal malah menjurus kepada kesihatan mental. "Badan Sihat Otak Cerdas". Mempunyai badan yang sihat sekaligus menjamin pemikiran yang cerdas dan kreatif.  Sebab itu , sesetengah pendapat mengatakan  bahawa kesihatan melambangkan kekayaan seseorang. Kesihatan yang menjurus kepada meneruskan kelansungan hidup yang lama, sihat, dan cergas sentiasa.

Melalui amalan pemakanan secara sihat , maka kita akan sihat sepanjang hayat. Di sekitar Kg Tersusun Batu 8 juga terdapat beberapa agensi kesihatan, Farmasi dan klinik  yang memberi rawatan kepada masyarakat setempat pada setiap masa.

 


Agensi Kesihatan (Kerajaan)

 1) Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan

        Terletak Dalam Jarak 2.5 Km Dari Kg Tersusun Batu 8, Klinik Kesihatan Tg. Rambutan Ini Merupakan Pilihan Ramai Penduduk Kg Tersusun Batu 8 Dan Penduduk Sekitar Ulu Kinta Untuk Mendapatkan Rawatan Ketika Sakit Ataupun Pemeriksaan Berkala. Antara Perkhidmatan Yang Tersedia Di Sini Ialah Unit Pendaftaran, Unit Kecemasan, Unit Farmasi, Dan Unit Makmal. Di Sini Juga Terdapat Klinik Khas Untuk Para Ibu Yang Sedang Mengandung Dan Yang Baru Melahirkan Anak Untuk Mendapatkan Rawatan Dan Pemeriksaan Berkala, Iaitu Klinik Ibu & Anak.

ALAMAT
Klinik Kesihatan Tanjung Tambutan
31250 Tanjung Rambutan Perak
No. Tel : 05 - 533 1355
 

Waktu Operasi

 Klinik Kesihatan Tg. Rambutan

&

(Klinik Ibu & Anak)

 Isnin – Khamis : Pagi         8.00 Pg – 1.00 T/Hari

                           Petang     2.00 Ptg – 5.00 Ptg

 Jumaat      :        Pagi         8.00 Pg – 12.15 T/Hari

                           Petang     2.45 Ptg – 5.00 Ptg

 Sabtu & Ahad :   Cuti

          

2) Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK)

  Hospital Yang Siap Dibina Pada Tahun 1911 Dulu Dikenali Sebagai Federal Lunatic Asylum, Kemudian Pada Awal Tahun 1970namanyaTelah Diubah Kepada Hospital Bahagia Ulu KintaHospital Yang Dibina Atas Tapak Yang Berkeluasan 544 Ekar Ini Mempunyai 2,600 Bilangan Katil. Terdapat 79 Buah Wad Di Hospital Ini Yang Terdiri Daripada 54 Buah Wad Lelaki Dan 25 Buah Wad Perempuan.

Jarak Hospital Ini Dengan kg Tersusun Batu 8 Adalah 4.8 Km Dan Dari Pekan Ipoh Ke Hospital Ini Pula Adalah 16 Km. Hospital Bahagia Secara Tradisi Menawarkan Rawatan Jagaan, Memberi Rawatan Klinikal, Psikologi, Moral, Dan Kerohanian Bagi Kes Mereka Yang Mengalami Masalah Mental. Selain Itu Di Hospital Bahagia Ini Juga Turut Menyediakan Unit Klinik Pakar Psikiatri Dan Unit Klinik Pergigian Bagi Persakit Luar Yang Ingin Mendapatkan Rawatan.

 

P 20151010 153025

  Alamat

Hospital Bahagia Ulu Kinta, 
31250 Tanjung Rambutan, 
Perak Darul Ridzuan
no tel : 05-533 2333
klik sini untuk ke websitehttp://hbuk.moh.gov.my/v3/
 
 
 Waktu Melawat Pesakit
Isnin - Ahad
8.00 Pagi - 6.30 Petang

 klinik20pakar

Unit Klinik Pakar Psikiatri

waktu Operasi

Isnin - Jumaat
8.00pagi - 5.00 Petang
 
                                          Rehat
                   1.00 Tengahari - 2.00 Petang
                                 Jumaat
                  12.15 Tengahari - 2.45 Petang
 
 

 

  

Unit Pergigian HBUK

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat
8.00 Pagi - 5.00 Petang
Rehat 
1.00 Tengahari - 2.00 Tengahari
Hari Jumaat
12.45 Tengahari - 2.45 Petang

Jadual rawatan

Hari
 Jenis Rawatan
(8.00 Pagi - 1.00 Tengahari)
 Jenis Rawatan
(2.00 Petang - 5.00 Petang)

 Isnin 

 Pesakit Luar Dan Temujanji  Temujanji Sahaja
 Selasa  Pesakit Luar Dan Temujanji  Temujanji Sahaja
 Rabu Pesakit Luar Dan Temujanji  Temujanji Sahaja
 Khamis  Hari Pesakit Luar Sahaja  Hari Pesakit Luar Sahaja
 Jumaat Pesakit Luar Dan Temujanji  Kanak - Kanak

 

 

3) KLINIK 1 MALAYSIA BERCHAM

      Klinik 1 Malaysia Bercham Dikendalikan Oleh Penolong Pegawai Perubatan (HA). klinik yang terletak dalam 5 km daripada Kg Tersusun Batu 8, Ini Hanya "menyediakan Perkhidmatan Rawatan Ringan" Kepada Penduduk Setempat Seperti, Demam, Batuk Dan Penyakit - Penyakit Ringan Yang Lain.Bagaimanapun, Klinik 1 Malaysia Ini Dipantau Oleh Jabatan Kesihatan Bagi Memastikan Segala Kemudahan Dan Bekalan Ubat Sentiasa Mencukupi. Kes-kes Yang Di Luar Bidang Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan Atau Kes-kes Yang Perlu Dilihat Oleh Pegawai Perubatan Akan Dirujuk Ke Klinik Kesihatan Atau Hospital Berdekatan.

 

Antara Skop Perkhidmatan Di Klinik 1 Malaysia Bercham.

  • Perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain.
  • Rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetes, darah tinggi dan asma.
  • Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan.
  • Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti Denggi.
  • Khidmat Nasihat/Pendidikan kesihatan.

ALAMAT
6A1 & 10, Persiaran Medan Bercham 7
Pusat Bandar Bercham Timur
31400 Ipoh, Perak
05 - 536 0039
 

 

 Waktu Operasi 

Isnin - Ahad 

10.00 Pagi - 10.00 Malam

 

 

Kadar Bayaran

Warganegara

RM 1.00

Bukan Warganegara 

RM 40.00
(Pendaftaran Sahaja)

 

 
 

 

Agensi Kesihatan (Swasta/berbayar)

 terdapat beberapa buah klinik swasta yang berhampiran dengan kg tersusun batu 8 yang turut juga menjadi pilihan penduduk setempat mahupun sekitar yang ingin  mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dengan lebih cepat dan tidak perlu menunggu lama. antaran klinik swasta yang terdapat di sini ialah seperti berikut :

 

KLINIK SYUKOR & FATIMAH

ALAMAT
No. 42, Jalan Stesyen Tanjung Rambutan 31250  Ipoh, perak
No.Tel : 05 - 533 4001

 

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 
9.00 Pg - 8.30 Mlm
Ahad  9.00 Pg - 1.00 Tghr

 

    

KLINIK SUPPAYAH

ALAMAT
No 5, Jalan Satu Taman Desa Jaya Tanjong Rambutan, Perak
 

 

Waktu Operasi

Dibuka Setiap Hari
9.00 Pg - 10.00 Mlm

Rehat
2.00 Ptg - 3.00 Ptg

 

 

KLINIK RUSNAH

ALAMAT
No 8 Susuran Tanjung 1 Tanjong Rambutan, 31250 TanjongRambutan, Perak
No. Tel : 05 - 533 5366
 

 

waktu Rawatan

Setiap Hari 
8.00 Pg - 2.00 Ptg
5.00 Ptg - 10.00 Mlm

" Tutup Pada Hari Jumaat "

 

 POLIKLINIK & SUGERI RAMESSH SINGH

No 18 Lorong Sungai Choh 10 Taman Tanjung Damai, Tanjung Rambutan, Perak
No. Tel : 05 - 533 7026