Kampung Tersusun Batu 8 tetap menikmati kemudahan asas serba lengkap yang disediakan oleh kerajaan. Segala kemudahan asas yang ada sangat diperlukan seperti air bersih, elektrik dan komunikasi adalah memuaskan dan  dinikmati oleh seluruh penduduk. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh berkomunikasi dengan selesa melalui talian telefon tetap atau mudah alih dengan liputan yang meluas. Kemudahan jalan raya yang berturap meliputi hampir ke seluruh kawasan kampung yang boleh digunakan oleh kenderaan berat dan juga ringan. 

Kemudahan lain yang terdapat di Kampung tersusun batu 8 merangkumi kemudahan-kemudahan guna sama dan juga perkhidmatan seperti sekolah, perpustakaan desa, pusat internet, masjid, surau, kuil, kedai runcit, kedai makan, telefon awam dan juga perhentian bas. Sebuah padang bola dan gelangang futsal.


KEMUDAHAN ASAS DI KG TERSUSUN BATU 8

 

1) TEMPAT BERIBADAT

Kampung Tersusun Batu 8 merupakan kampung yang terdiri  pelbagai bangsa dan agama. Jadi tidak hairanlah terdapat banyak tempat beribadat yang di sediakan dalam Kampung Tersusun Batu 8. Seperti masjid untuk orang islam beribadat dan kuil atau tokong untuk orang cina dan india beribadat turut tersedia di Kampung Tersusun Batu 8.

   

           a) MASJID AN - NUR BATU 8

 

          b) SURAU ASY - SYUKRIAH


Capture.PNG

 

          c) KUIL SRI GANESAR ALAYAM (UNTUK AGAMA HINDU)

 

     

   d) KUIL SRI MAHA KALIAMMAN (UNTUK AGAMA HINDU)

 

 

           e) PERSATUAN MEMPERTINGGI AKHLAK CHAN KONG KOK (AGAMA BUDDHA)



 

           f) GAREJA ST. MARY

 

2) DEWAN KOMUNITI

Dewan komuniti Kampung Tersusun Batu 8 merupakan pusat aktiviti bagi penduduk Kampung Tersusun Batu 8. Dewan ini selalu digunakan penduduk setempat untuk mengadakan program kemasyarakatan, majlis-majlis keramaian seperti sambutan perayaan dan sebagainya. Dewan ini juga menempatkan pejabat persatuan JKKK Kampung Tersusun Batu 8.

 

3) GELANGANG FUTSAL & PADANG BOLA

Padang bola dan gelanggang futsal merupakan tempat untuk anak muda Kampung Tersusun Batu 8 mengadakan aktiviti bersukan. Padang bola ini juga turut digunakan oleh penduduk setempat dan tadika kemas untuk mengadakan sukan rakyat dan senamrobik.

 

 

4) HENTIAN BAS / TEKSI

Hentian bas dan teksi terletak di jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 8. Maka, penduduk yang ingin menggunakan perkhidmatan bas dan teksi perlu berjalan kaki atau keluar ke jalan utama lebih kurang 200 meter. Perhentian bas dan teksi utama terletak di Pekan Ipoh iaitu lebih kurang 14 kilometer dari pintu masuk ke Kampung Tersusun Batu 8.