Tarikh   :11 Oktober 2021
 Hari :Isnin
 Masa :10.00 Pagi - 12.00 T/Hari
 Lokasi   :PIK Kg Tersusun Batu 8
 Peserta :1 orang

Tujuan: 

BSN Internet banking.

Aktiviti:  

Petugas PIK memberikan panduan kepada ahli PIK yang ingin mempelajari cara menggunakan internet banking di laman sesawang BSN internet banking.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :7 Oktober 2021
 Hari :Khamis
 Masa :10.00 Pagi - 12.00 T/Hari
 Lokasi   :PIK Kg Tersusun Batu 8
 Peserta :1 orang

Tujuan: 

Taklimat Motivasi Perpustakaan Desa.

Aktiviti:  

Pustakawan daripada Perpustakaan Desa Kg Tersusun Batu 8 menggunakan kemudahan komputer serta internet yang terdapat di PIK Kg Tersusun Batu 8 untuk menghadiri taklimat secara atas talian.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :01 Oktober 2021
 Hari :Jumaat
 Masa :10.00 Pagi - 11.00 Pagi 
 Lokasi   :Secara Online (Zoom)
 Peserta :2 Orang

Tujuan: 

Kelas tuisyen bahasa Mandarin yang diadakan diatas talian untuk pelajar-pelajar yang ingin pengetahuan tambahan selain daripada PnP & PDpR yang diberikan guru.

Aktiviti:  

PIK E TUISYEN ini merupakan salah satu program memperkasakan Pusat Internet Komuniti bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan kelas tambahan dengan bayaran yang murah dengan menggunakan platform pembelajaran & pengajaran secara atas talian menggunakan aplikasi zoom. Asas Bahasa Mandarin merupakan topik yang dibincangkan bagi e-tuisyen pada kali ini dan pelajar telah dibimbing oleh Cikgu Zazah.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :5 Oktober 2021
 Hari :Selasa
 Masa :2.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi   :PIK Kg Tersusun Batu 8
 Peserta :1 orang

Tujuan: 

Mempelajari cara mencipta logo menggunakan canva.

Aktiviti:  

Petugas PIK memberikan panduan serta tunjuk ajar cara membuat logo menggunakan aplikasi canva. Peserta mereka logo mengikut kreativiti tersendiri.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :26 September 2021
 Hari :Ahad
 Masa :11.00 Pagi - 12.00 T/Hari
 Lokasi   :Secara Online (Zoom)
 Peserta :1 Orang

Tujuan: 

Kelas tuisyen Matematik yang diadakan diatas talian untuk pelajar-pelajar yang ingin pengetahuan tambahan selain daripada PnP & PDpR yang diberikan guru.

Aktiviti:  

PIK E TUISYEN ini merupakan salah satu program memperkasakan Pusat Internet Komuniti bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan kelas tambahan dengan bayaran yang murah dengan menggunakan platform pembelajaran & pengajaran secara atas talian menggunakan aplikasi zoom. Topik pecahan merupakan topik yang dibincangkan bagi e-tuisyen matematik tahun 5 pada kali ini dan pelajar telah dibimbing oleh Miss Faaiqah.

Gambar Aktiviti