|
Tujuan:
Kelas tuisyen bahasa Mandarin yang diadakan diatas talian untuk pelajar-pelajar yang ingin mempelajari asas bahasa Mandarin dengan betul.
Aktiviti:
PIK E TUISYEN ini merupakan salah satu program memperkasakan Pusat Internet Komuniti bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan kelas tambahan dengan bayaran yang murah dengan menggunakan platform pembelajaran & pengajaran secara atas talian menggunakan aplikasi zoom. Permulaan asas sebutan Pinyin bab 2 merupakan topik yang dibincangkan bagi e-tuisyen pada kali ini dan pelajar telah dibimbing oleh Cikgu Zazah.
|
Tujuan:
Membantu ahli komuniti dengan memberi pendedahan cara membuat pemohonan kemasukan politeknik secara online
Aktiviti:
Petugas PIK memberi panduan serta tunjuk ajar bagi permohonan kemasukan ke Politeknik Sesi 2021/2022. Peserta diberikan pendedahan cara mendaftar serta mempelajari cara mengisi maklumat permohonan dengan cara yang betul di laman sesawang Politeknik.
|
Tujuan:
Kelas tuisyen bahasa Mandarin yang diadakan diatas talian untuk pelajar-pelajar yang ingin mempelajari asas bahasa Mandarin dengan betul.
Aktiviti:
PIK E TUISYEN ini merupakan salah satu program memperkasakan Pusat Internet Komuniti bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan kelas tambahan dengan bayaran yang murah dengan menggunakan platform pembelajaran & pengajaran secara atas talian menggunakan aplikasi zoom. Permulaan asas sebutan Pinyin merupakan topik yang dibincangkan bagi e-tuisyen pada kali ini dan pelajar telah dibimbing oleh Cikgu Zazah.
|
Tujuan:
Membantu ahli komuniti cara untuk mengedit gambar dan menyimpan gambar dalam format .png
Aktiviti:
Petugas PIK memberi panduan serta tunjuk ajar cara mengedit gambar menggunakan photo editor mengikut kreativiti tersendiri serta mempelajari cara menyimpan gambar dalam format .png.
|
Tujuan:
Menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh PIK
Aktiviti:
Pengguna PIK telah memilih PIK Kg Tersusun Batu 8 sebagai tempat untuk mengadakan sesi temuramah secara langsung oleh MHI TV3 yang diadakan secara atas talian. Ustazah Ruby telah menggunakan kemudahan internet di PIK bagi sesi temuramah secara langsung Malaysia Hari Ini di TV3 yang bertajuk "Inspirasi guru kafa berbakti ditempat kelahiran".