|
Tujuan:
Program PUPUK@Shopee Uni Intermediate BM x MCMC
Aktiviti:
Kempen PUPUK @ Shopee adalah kerjasama antara Shopee dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dari bulan Julai hingga Disember 2021. Sebanyak 1,000 usahawan Mikro akan dibimbing oleh Shopee untuk meningkatkan penjualan mereka di platform digital mereka. Melalui tempoh kempen ini, SKMM akan memberikan sokongan dalam bentuk bantuan kewangan yang akan ditukar menjadi baucar diskaun, baucar kedai, dan baucar penghantaran percuma kepada usahawan yang mengambil bahagian dalam kempen ini.
Intipati program Shopee University Pertengahan - Petua Pemasaran Untuk Kedai Shopee Anda x MCMC yang berlansung selama 2 jam ini diadakan untuk membantu para penjual meningkatkan prestasi kedai dengan mendedahkan mereka kepada alatan-alatan serta program-program yang tersedia untuk digunakan serta memberi tips kepada para penjual untuk menambah baik cara penjualan mereka di Shopee. Sesi PUPUKxShopee pada kali ini disampaikan oleh pelatih ShopeeUni iaitu Pn Atika Sikun.