Halal Park merupakan salah satu kawasan perindustrian industri kecil serdahana (IKS) yang berhampiran dengan Kg Tersusun Batu 8. Terdapat lebih dari 10 buah kedai di Halal Park yang mana ke semuanya di usahakan oleh  seratus-peratus ushawan bumiputra. Kebanyakan kedai yang terdapat di Halal Park lebih tertumpu mengeluarkan produk-produk makanan seperti  makanan sejukbeku,makanan segera,produk minuman,kuih tradisional dan bakeri yang di proses sendiri oleh usahawan di sini. Jadi kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan keperluan asas yang diyakini halal 100% boleh la mengunjungi Halal Park ini.

Antara kedai-kedai yang terdapat di Halal Park :


INFLOW GLOBAL MARKETING(M)SDN.BHD

Syarikat INFLOW GLOBAL ini telah memproses sendiri makanan sejukbeku seperti karipap berperisa ayam, daging, sayuran, sardin, udang, samosa ayam, daging dan sayuran, cucur badak, popia sayur, dan otak-otak popia . Salah satu produk yang menarik dan patut di cuba oleh anda ialah mee umah cepat dan mee umah geti yang mana produk mee umah ini diproses sendiri oleh syarikat INFLOW GLOBAL yang diyakini 100% halalnya.

 

Laman web :  http://www.inflow.com.my/


 

DAMANHURI ENTERPRISE

DAMANHURI ENTERPRISE merupakan pengeluar hasilan soya atau lebih dikenali sebagai tempe, dihasilkan 100% oleh bumiputra. Sekiranya anda ingin mencari tempe yang dijamin halal dan bersih datang ke DAMANHURI ENTERPRISE di Halal Park.

Buka dari : Isnin - Sabtu (Ahad tutup)

Masa : 7.00 pg - 3.00 petang

No. Telefon : 019-545 5526 / 05-548 8592


 

SRI MANDAH ENTERPRISE

salah satu kedai yang terdapat di Halal Park yang memproses dan membekalkan kuih tradisional seperti dodol dan kuih bahulu.selain itu SRI MANDAH turut memproses muffin,kek,kerepek ubi dan lain-lain.

Untuk tempahan hubungi En.Jamaluddin (019-5732379)

 


 

DIRSYA ENTERPRISE

Menjual pelbagai perencah tradisional masakan melayu yang dijamin halal 100%.