Sebut sahaja Nasi Ayam Hainan, Rendang Tok, dan minuman terkenal Kopi Putih, pasti sesiapa yang pernah mencubanya akan berasa teruja untuk bercerita mengenai makanan dan minuman enak yang terdapat di negeri Perak. Selain terkenal dengan keindahan alam semulajadi serta flora dan fauna, juadah tradisionalnya berjaya mengundang sesiapa sahaja untuk berkunjung lagi ke negeri Perak secara kerap tanpa rasa jemu. Itulah sebabnya Perak terkenal sebagai 'Syurga Makanan Tradisional' baik dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara.
KEDAI MEE UDANG DAN KETAM SEMPOII DIRAJA.
Kedai yang pernah muncul dalam program makanan yang popular seperti jalan-jalan cari makan dan juga pernah disiarkan didalam suratkhabar utusan malaysia ini sememangnya telah lama terkenal di Tg.Rambutan. Kedai yang populor dengan mee udang ini turut menyediakan pelbagai menu tambahan yang lain seperti masakan dan makanan laut (seafood) yang segar.
MASA OPERASI: 3.30 PETANG - 11.00 MALAM (TUTUP SETIAP SELASA)
ALAMAT : No,51 Lorong Sungai Choh 10 Taman Tg.Perdana Ulu Kinta Tg.Rambutan,Ipoh Perak
http://kgtersusun.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan#sigFreeId55aa63d4c6
SUMBER GAMBAR DARI UTUSAN MALAYSIA
Info : http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/pelancongan/populariti-mi-udang-ketam-sempoiii-diraja-1.19203