Tarikh :  19 April 2018
Masa :  9.30am hingga 10.30am
Peserta :  Pelajar Tabika KEMAS Kg Tersusun Batu 8
Lokasi :  Pusat Internet 1 Malaysia Tambun

 

Tujuan :

Pertandingan mewarna ini merupakan satu langkah untuk mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang seni lukis.

Aktiviti :

Seramai 22 orang pelajar Taska dan Tabika KEMAS telah membuat lawatan ke Pusat Internet 1 Malaysia Tambun dan diiringi oleh 5 orang guru. Para pelajar menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh Perpustakaan Desa Kg Tersusun Batu 8 dan kerjasama dengan Pusat Internet 1 Malaysia Tambun

LIHAT GAMBAR DISINI

Tarikh :  12 April 2018
Masa :  9.30am hingga 10.30am
Peserta :  Pelajar Tabika KEMAS Kg Tersusun Batu 8
Lokasi :  Pusat Internet 1 Malaysia Tambun

 

Tujuan :

Memberi peluang kepada pelajar untuk menonton tayangan video animasi.

Aktiviti :

Seramai 22 orang pelajar Taska dan Tabika KEMAS telah membuat lawatan ke Pusat Internet 1 Malaysia Tambun dan diiringi oleh 5 orang guru. Program ini juga turut diselitkan dengan tayangan video animasi dan ianya turut menyelitkan pelbagai pengajaran untuk dimanfaatkan oleh semua pelajar. 

LIHAT GAMBAR DISINI

 

Tarikh :  24 Mac 2018
Masa :  10am hingga 12.30pm
Peserta :  Komuniti setempat
Lokasi :  Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8

 

Tujuan :

Penerangan tentang penjagaan kulit wajah dan asas solekan daripada produk Mary Kay bersama Beauty Consultant ( BC ) kerjasama dengan Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8. 

 

Aktiviti :

Serba sedikit penerangan tentang jenis-jenis lapisan kulit dan jenis kulit mengikut kriteria masing-masing. BC menerangkan tentang cara-cara menjaga kulit wajah dengan betul dan selamat tanpa bahan terlarang . Penekanan juga diberikan kepada peserta supaya menjaga kulit dengan sebaiknya dari usia muda lagi dan bijak dalam memilih produk yang sesuai. Setiap peserta diberi sampel produk untuk dicuba. 

LIHAT GAMBAR DISINI

 

Tarikh :  5 April 2018
Masa :  10am hingga 12pm
Peserta :  Pelajar darjah dua
Lokasi :  Pusat Internet 1 Malaysia Tambun

 

Tujuan :

Memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti sesi Pembelajaran dan Pengajaran ( PNP) secara maya samada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.

 

Aktiviti :

Pelajar diminta untuk mengakses laman FROG VLE dan serba sedikit penerangan mengenai cara-cara menggunakannya. Pelajar boleh mendapatkan bahan pelajaran dan ulangkaji yang telah dimuat naik oleh guru mereka disamping dapat menyiapkan tugasan yang telah diberi. 

LIHAT GAMBAR DISINI

 

Tarikh :  14 Mac 2018
Masa :  9.30am hingga 5pm
Peserta :  Guru Bimbingan dan Kaunseling ( 100 orang )
Lokasi :  Dewan Besar PPD Kinta Utara

 

Tujuan :

Taklimat ini merupakan salah satu program NBOS ( National Blue Ocean Strategies ) antara pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

 

Aktiviti :

Guru-guru didedahkan mengenai apa itu Online Grooming iaitu kaedah yang digunakan oleh seseorang yang mahu berkawan melalui atas talian atau aplikasi chat dengan kanak-kanak untuk tujuan seks dan penerangan mengenai jenis dan maklumat palsu di dalam dunia maya.  Laman web SEBENARNYA.MY turut diperkenalkan bagi tujuan guru-guru mendapatkan maklumat yang sahih mengenai apa yang disebarkan dan tular di media sosial. Selain dari itu, jenayah siber turut menjadi perhatian oleh kerana terlalu banyak kes yang menjadi viral untuk tujuan menghina  dan memperlekehkan orang lain.  Para peserta juga diingatkan supaya tidak menjadi seseorang yang Oversharing di rangkaian sosial dengan berkongsi maklumat peribadi dan perlu bijak mengehadkan perkongsian demi untuk tujuan keselamatan.

LIHAT GAMBAR DISINI