Tarikh :  14 Mac 2018
Masa :  9.30am hingga 5pm
Peserta :  Guru Bimbingan dan Kaunseling ( 100 orang )
Lokasi :  Dewan Besar PPD Kinta Utara

 

Tujuan :

Taklimat ini merupakan salah satu program NBOS ( National Blue Ocean Strategies ) antara pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

 

Aktiviti :

Guru-guru didedahkan mengenai apa itu Online Grooming iaitu kaedah yang digunakan oleh seseorang yang mahu berkawan melalui atas talian atau aplikasi chat dengan kanak-kanak untuk tujuan seks dan penerangan mengenai jenis dan maklumat palsu di dalam dunia maya.  Laman web SEBENARNYA.MY turut diperkenalkan bagi tujuan guru-guru mendapatkan maklumat yang sahih mengenai apa yang disebarkan dan tular di media sosial. Selain dari itu, jenayah siber turut menjadi perhatian oleh kerana terlalu banyak kes yang menjadi viral untuk tujuan menghina  dan memperlekehkan orang lain.  Para peserta juga diingatkan supaya tidak menjadi seseorang yang Oversharing di rangkaian sosial dengan berkongsi maklumat peribadi dan perlu bijak mengehadkan perkongsian demi untuk tujuan keselamatan.

LIHAT GAMBAR DISINI