Tarikh |
: 4 November 2018 |
Masa |
: 3.30ptg-5.30ptg |
Peserta |
: Komuniti Setempat |
Lokasi |
: Pusat Internet Batu8 Tambun |
Tujuan :
Mendedahkan suasana pembelajaran secara interaktif dengan menjawab quiz secara online
Aktiviti :
Seramai 10 Orang Pelajar telah menjawab soalan kuiz secara online. Aktiviti pembelajaran secara interaktif dengan menjawab quiz Kahoot. Antara soalan yang diberi ialah Simpulan Bahasa, Bahasa Jawi, Sains, Matematik dan pelbagai lagi.
Aktiviti ini boleh melahirkan sifat kecekapan dalam menjawab soalan.
Tarikh |
: 28 Oktober 2018 |
Masa |
: 9.30-11.30pg |
Peserta |
: Komuniti Setempat |
Lokasi |
: Pusat Internet Batu8 Tambun |
Tujuan :
Mengajar cara-cara untuk mengedit image mengikut kreativiti sendiri menggunakan Adobe Photoshope CS6
Aktiviti :
Kelas pertama ini merupakan kelas pengenalan kepada peserta cara menggunakan perisian Adobe Photoshop CS6. Langkah pertama petugas mengajar peserta dengan perkenalan peralatan yang terdapat didalam perisian tersebut. Seterusnya petugas meminta peserta untuk memuat naik gambar dari google/image untuk proses mengedit gambar.
Petugas telah mengajar peserta cara-cara untuk menukar warna gambar mengikut kreativiti dan kemahiran kecantikan tersendiri mengikut langkah yang telah ditunjukan.
Tarikh |
: 21 Oktober 2018 |
Masa |
: 2.30-5.30pg |
Peserta |
: Komuniti Setempat |
Lokasi |
: Pusat Internet Batu8 Tambun |
Tujuan :
Mengajar peserta cara membuat Kad menggunakan Microsoft Publisher untuk lebih kreatif dan melahirkan pelajar bagi menjimatkan masa untuk mencipta sesuatu menggunakan keperluan komputer sahaja.
Aktiviti :
Mendedahkan kepada pelajar cara membuat Kad menggunakan Microsoft Publisher bertemakan Bulan Bahasa pada bulan Oktober ini.
Diakhir Kelas pertandingan Mencipta kad bertemakan bulan Bahasa telah diadakan untuk mencari siapa pelajar yang lebih kreatif dan cepat memahami cara pengguna tools yang disediakan
Terdapat 3 hadiah disediakan oleh pusat internet Batu8
Tarikh |
: 26 Oktober 2018 |
Masa |
: 8.30-10.30ptg |
Peserta |
: Murid Tgkt 3 SMK BANDAR BARU PUTRA |
Lokasi |
: Dewan SMK Bandar Baru Putra |
Tujuan :
Mewujudkan platform bagi menyalurkan maklumat kepada masyarakat mengenai bagaimana menentusahkan sesuatu maklumat dari sumbernya dan menggalakkan pengguna internet untuk tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih.
Aktiviti :
Pelajar diterangkan mengenai pengenalan kepada internet serta hal dan tanggungjawab sebagai warga digital. Pelajar juga didedahkan mengenai apa itu Online Grooming iaitu kaedah yang digunakan oleh seseorang yang mahu berkawan melalui atas talian atau aplikasi chat dengan kanak-kanak untuk tujuan seks. Laman web SEBENARNYA.MY turut diperkenalkan bagi tujuan pelajar mendapatkan maklumat yang sahih mengenai apa yang disebarkan dan tular di media sosial.
Tarikh |
: 21 Oktober 2018 |
Masa |
: 9.30-12.30pg |
Peserta |
: Komuniti Setempat |
Lokasi |
: Pusat Internet Batu8 Tambun |
Tujuan :
Mengajar peserta membuat lukisan dan mewarna online
Aktiviti :
Mendedahkan kepada pelajar cara untuk melukis dan mewarna online. Pelajar dikehendaki melukis dan mewarna bertemakan Hari Natal yang akan tiba pada bulan 12. Pelajar diajar cara menggunakan tools yang disediakan didalam laman web tersebut.
Dengan Aktiviti yang dijalankan pelajar lebih mudah menjadi kreatif pada masa akan datang. Diakhir Kelas pertandingan melukis dan mewarna online diadakan untuk mencari siapa pelajar yang lebih kreatif dan cepat memahami cara pengguna tools secara online.
Terdapat 3 hadiah disediakan oleh pusat internet Batu8.