Tarikh :  7 Mac 2018
Masa :  8am hingga 2pm
Peserta :  Pelajar Pergerakan Puteri Islam Semalaysia ( 100 orang )
Lokasi :  Rumah Menteri Besar Perak

 

Tujuan :

Mewujudkan platform bagi menyalurkan maklumat kepada masyarakat mengenai bagaimana menentusahkan sesuatu maklumat dari sumbernya dan menggalakkan pengguna internet untuk tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih.

 

Aktiviti :

Pelajar diterangkan mengenai pengenalan kepada internet serta hal dan tanggungjawab sebagai warga digital. Pelajar juga didedahkan mengenai apa itu Online Grooming iaitu kaedah yang digunakan oleh seseorang yang mahu berkawan melalui atas talian atau aplikasi chat dengan kanak-kanak untuk tujuan seks. Laman web SEBENARNYA.MY turut diperkenalkan bagi tujuan pelajar mendapatkan maklumat yang sahih mengenai apa yang disebarkan dan tular di media sosial.

LIHAT GAMBAR DISINI

 

Tarikh :  4 Mac 2018
Masa :  8am hingga 1pm
Peserta :  Komuniti Tambun
Lokasi :  Pusat Internet 1 Malaysia Tambun

 

Tujuan :

Progam memartabatkan kesenian budaya tempatan bagi menyemarakkan lagi seni dan budaya negara. 

 

Aktiviti :

Persembahan dan demonstrasi seni budaya dan kuiz silangkata serta pertandingan pakaian beragam tradisional kanak-kanak anjuran Perpustakaan Desa Batu 8. 

LIHAT GAMBAR DISINI

 

Tarikh :  22 Jan 2018
Masa :  9.30am hingga 11.30am
Peserta :  Komuniti Pusat Internet
Lokasi :  Pusat Internet 1 Malaysia Tambun

 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana menghasilkan jadual melalui Microsoft Word.

 

Aktiviti :

Pelajar diterangkan cara bagaimana untuk menghasilkan jadual dan juga beberapa teknik serta fungsi untuk menghasilkan jadual yang lebih menarik dan efektif untuk tujuan pembelajaran di sekolah.

LIHAT GAMBAR DISINI

Tarikh :  1 Feb 2018
Masa :  9.30am hingga 11.30am
Peserta :  Tadika Kemas Kg Tersusun Batu 8
Lokasi :  Pusat Internet 1 Malaysia Tambun

 

Tujuan :

Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak dari Tadika Kemas mengenai e-pembelajaran iaitu kaedah belajar yang mudah melalui kaedah atas talian.

 

Aktiviti :

Kanak-kanak didedahkan dengan apa itu e-pembelajaran dan bagaimana e-pembelajaran ini boleh merangsang minda mereka untuk mudah mengingati sesuatu huruf, nombor atau objek di sekeliling mereka. Tayangan video yang menarik serta efek warna yang pelbagai dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti  kaedah ini.

LIHAT GAMBAR DISINI

Tarikh :  14 Jan 2018
Masa :  9.30am hingga 11.30am
Peserta :  Komuniti pusat internet
Lokasi :  Pusat Internet 1 Malaysia Tambun

 

Tujuan :

Cara-cara untuk mengisi borang berasrama penuh ( SBP ) secara atas talian.

 

Aktiviti :

Pelajar didedahkan cara-cara untuk mengisi borang SBP dan dokumen apa yang diperlukan untuk mengisi setiap maklumat yang dikehendaki oleh pihak KPM. Pelajar juga diajar supaya tidak memasukkan maklumat yang salah kedalam borang tersebut supaya tidak berlaku kesilapan semasa memohon dan menghantar borang.

 

LIHAT GAMBAR DISINI