Tarikh |
: 02 Disember 2018 |
Masa |
: 2.30ptg-5.30ptg |
Peserta |
: Komuniti Setempat |
Lokasi |
: Pusat Internet Batu8 Tambun |
Tujuan :
Memanfaatkan masa terluang cuti sekolah bersama komuniti setempat
Aktiviti :
Melaksanakan program menonton video bersama petugas selama satu jam setengah dan kemudian ahli komuniti perlu menceritakan pengajaran yang diperolehi selepas menonton video tersebut.
Tarikh |
: 25 November 2018 |
Masa |
: 2.30ptg-5.30ptg |
Peserta |
: Komuniti Setempat |
Lokasi |
: Pusat Internet Batu8 Tambun |
Tujuan :
Mengadakan aktiviti indoor untuk mengiratkn ukhuwah persahabatan dalam kumpulan
Aktiviti :
Melaksanakan aktiviti permainan indoor secara berkumpulan seperti musical chair dan permainan tradisional seperti lawan congkak, cepe dan batu Seremban. Aktiviti bertujuan untuk mengeratkan hubungan ukhuwah persahabatan dalam berkumpulan serta meluangkan masa cuti sekolah dengan permainan yang mensihatkan.
Tarikh |
: 16 November 2018 |
Masa |
: 9.30-11.30pg |
Peserta |
: Kanak-Kanak Tadika Dan Taska |
Lokasi |
: Pusat Internet Batu8 Tambun |
Tujuan :
Mendedahkan kepada peserta tadika dan taska cara menggunakan komputer dengan melakukan aktiviti mewarna secara online dan tayangan video Omar dan Hana.
Aktiviti :
Aktiviti ini dilaksanakan bersama Pihak Perpustakaan Desa Batu8 Tambun. Aktiviti ini dilakukan untuk mengajar peserta dari kalangan pelajar tadika dan taska cara menggunakan komputer untuk mewarna online. Petugas juga dikehendaki mengajar peserta cara menggunakan “mouse” untuk mewarna. Selepas selesai aktiviti peserta didedahkan dengan video tayangan Omar dan Hana untuk menceriakn hari-hari terakhir peserta dialam persekolahan.
Pusat Internet dan Perpustakaan Juga telah membuat cabutan bertuah untuk pelajar yang hadir dalam aktiviti yang dijalankan.
Tarikh |
: 19 November 2018 |
Masa |
: 9.30pg - 11.30pg |
Peserta |
: Komuniti Setempat |
Lokasi |
: Pusat Internet Batu8 Tambun |
Tujuan :
Perbincangan berkaitan aktiviti yang ingin dilakukan sepanajng tahun 2019 bersama kanak-kanak komuniti Pusat Internet Batu8 Tambun.
Aktiviti :
Perbincangan ini dilakukan untuk mengetahui perjalanan program pada tahun 2019. Aktiviti yang bakal dilaksanakan adalah idea dan pandangan dari kanak-kanak komuniti Pusat internet Batu8 Tambun sendiri. Diakhir perbincangan ini, pelajar dikehendaki membuat satu perbentangan berkaitan pilihan aktiviti yang ingin dilakukan.
Tarikh |
: 14 November 2018 |
Masa |
: 3.30-4.30pg |
Peserta |
: Komuniti Setempat |
Lokasi |
: Pusat Internet Batu8 Tambun |
Tujuan :
Mendedahkan suasana pembelajaran secara interaktif dengan menjawab quiz Bahasa Peribahasa secara online
Aktiviti :
Seramai 10 Orang Pelajar telah menjawab soalan kuiz secara online. Aktiviti pembelajaran secara interaktif dengan menjawab quiz Kahoot Peribahasa. Antara soalan tambahan yang diberi ialah Simpulan Bahasa, Bahasa Jawi, Sains, Matematik dan pelbagai lagi.
Aktiviti ini boleh melahirkan sifat kecekapan dalam menjawab soalan.