|
Tujuan:
Penerangan berkenaan Program Jaringan Prihatin untuk golongan B40.
Aktiviti:
Petugas PIK memberikan penerangan mengenai Program Jaringan Prihatin untuk golongan B40. Petugas PIK membantu ahli PIK memeriksa kelayakan penebusan rebat di laman sesawang telekomunikasi yang menawarkan program Jaringan Prihatin. Program inisiatif Kerajaan Malaysia ini disasarkan bagi kelompok B40 bagi golongan individu sebanyak RM180 atau isi rumah sebanyak RM300 untuk menikmati subsidi telekomunikasi untuk pelan internet atau peranti 4G.