|
Tujuan:
Mempelajari cara memuat turun lagu serta mengedit lirik lagu
Aktiviti:
Petugas PEDi memberi panduan dan tunjuk ajar kepada peserta cara memuat turun lagu berformat mp3 bagi tujuan kegunaan pertandingan nasyid pasukan beliau. Peserta juga turut mempelajari cara mengedit lirik lagu di microsoft word dari segi ubahan size dan jenis font yang ingin digunakan.
|
Tujuan:
Perkongsian tentang peranan inisiatif program Klik Dengan Bijak dalam kalangan komuniti.
Aktiviti:
Program webinar bersama moderator Pn. Saidatul Ashikin, Pengarah II, Jabatan Program Komuniti, MCMC dan ahli panel pertama - Pn. Hashimah Hashim, Ketua Jabatan Program Komuniti, MCMC, panel kedua - Dr. Mohd Roslan Rosnon dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan panel ketiga - Prof. Dr. Sarjit Singh Darshan Singh dari UPM.
Webinar ini mengetengahkan penyelidikan yang dijalankan, penemuan utama dan cadangan kajian dengan menekankan isu yang berkaitan dengan kesedaran pengguna, kecekapan, celik huruf dan keselamatan dalam talian, peranan dan impak keberkesanan program KDB, jurang dan peluang serta penambahbaikan KDB dalam kalangan komuniti dimasa hadapan.
|
Tujuan:
Pembelajaran interaktif di ABCya!.
Aktiviti:
Petugas PEDi memberi pendedahan kepada peserta dengan pembelajaran interaktif di laman web yang menyediakan permainan dan aktiviti pendidikan untuk kanak-kanak sekolah. Aktiviti bermain sambil belajar ini dapat melatih peserta belajar sambil menyesuaikan diri dengan penggunaan peralatan komputer.
|
Tujuan:
Untuk melatih dan mendedahkan peserta tentang ilmu keusahawan.
Aktiviti:
Program seminar ini adalah anjuran Persatuan Pencetus Usahawan Malaysia dengan kerjasama PEDi Taman Rishah Permai dan disampaikan oleh En. Ahmad Fadly Gustar Affendi. Antara topik yang diajar ialah Photoshop Smartphone, Slot Hidroponik dan Facebook Page Manager. Seminar ini dihadiri oleh Pengurus, Penolong Pengurus dan Rakan Digital PEDi Kluster Kinta (PEDi Taman Rishah Permai, PEDi Kg Dato' Ahmad Said Tambahan, PEDi Kg Tersusun Batu 8, PEDi Kg Tersusun Tasek Permai dan PEDi Pengkalan Baru) dan ahli komuniti tempatan.
|
Tujuan:
Mempelajari melukis doodle di atas talian.
Aktiviti:
Petugas PEDi memberikan panduan serta tunjuk ajar kepada peserta cara melukis doodle dengan melukis gambar objek mengikut perkataan yang telah diberikan dan kemudian kecerdasan buatan rangkaian saraf akan meneka apa yang dilambangkan oleh lukisan itu. AI belajar daripada setiap lukisan, meningkatkan keupayaannya untuk meneka dengan betul pada masa hadapan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kreativiti peserta serta meningkatkan keupayaan daya pemikiran.