Tarikh   :14 Februari 2023
 Hari :Selasa
 Masa :11.00Pagi - 1.00 T/Hari
 Lokasi   :SK Tasek Dermawan
 Peserta :190 pelajar

Tujuan: 

Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar sekolah mengenai etika penggunaan media sosial.

Aktiviti:

Petugas memberikan taklimat klik dengan bijak kepada pelajar-pelajar tahap 2 SK Tasek Dermawan berkenaan etika penggunaan media sosial yang mengkhususkan kepada oversharing dan juga buli siber. Pelajar diberikan pendedahan berkenaan akibat-akibat jika terlebih kongsi maklumat serta tindakan yang perlu diambil jika rakan menjadi mangsa buli siber. Selain itu pelbagai aktiviti turut diadakan bagi meningkatkan pengetahuan mengenai etika penggunaan media sosial.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :11 Februari 2023
 Hari :Sabtu
 Masa :10.00Pagi - 12.00 T/Hari
 Lokasi   :PEDi KgTersusun Batu 8
 Peserta :2 Orang

Tujuan: 

Mendedahkan kepada peserta E-pembelajaran di laman sesawang ABCya! .

Aktiviti:

Peserta didedahkan dengan pembelajaran secara interaktif di laman sesawang ABCya!. Peserta diajar cara penggunaan warna dan bentuk melalui kaedah bermain sambil belajar.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :8 Februari 2023
 Hari :Rabu
 Masa :10.00Pagi - 12.00 T/Hari
 Lokasi   :PEDi KgTersusun Batu 8
 Peserta :1 Orang

Tujuan: 

Mempelajari cara mengedit borang menggunakan Microsoft Word.

Aktiviti:

Peserta didedahkan cara mengedit borang menggunakan elemen text box, text align dan line spacing didalam Microsoft Word.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :10 Februari 2023
 Hari :Jumaat
 Masa :10.00Pagi - 12.00 T/Hari
 Lokasi   :PEDi KgTersusun Batu 8
 Peserta :Tadika Kemas Kg Tersusun Batu 8

Tujuan: 

Mendedahkan kepada peserta asas ICT dengan memperkenalkan peralatan asas komputer, kaedah menaip serta E-pembelajaran.

Aktiviti:

Peserta didedahkan dengan nama-nama peralatan asas komputer dengan mengenali nama keyboard, monitor dan mouse. Peserta diberikan tunjuk ajar cara asas kegunaan keyboard seperti menaip perkataan dengan abjad-abjad di keyboard, backspace untuk memadam, space, enter dll. Peserta juga didedahkan dengan e - pembelajaran bagi membiasakan penggunaan mouse (drag and click) dengan bermain puzzle dilaman seswanag digipuzzle.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :4 Februari 2023
 Hari :Sabtu
 Masa :9.00Pagi - 6.00 Petang
 Lokasi   :Arena Rakyat Tualang Sekah, Malim Nawar
 Peserta :Komuniti

Tujuan: 

Karnival WOW! Perakfm Tualang Sekah

Aktiviti:

Pelbagai aktiviti diadakan di Karnival WOW! Perakfm Tualang Sekah Kita Bersaudara bagi mendekatkan jabatan dan agensi kerajaan dengan masyarakat komuniti.

Gambar Aktiviti