Tarikh   :28 Jun 2022
 Hari :Selasa
 Masa :10.00 Pagi - 12.00 T/Hari
 Lokasi   :Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak

Tujuan: 

Mesyuarat Penyelarasan Program Pakej Rangsangan Ekonomi Perak Sejahtera (pre Perak Sejahtera) Tahun 2022.

Aktiviti:  

Mesyuarat perbincangan penyelarasan bagi program Geran Usahawan Perak Sejahtera (GeRAK) dan juga Program Tunas Usahawan Belia Perak Sejahtera (PRoTUNAS) yang dihadiri oleh Petugas PEDi dan Rakan Digital(RD).

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :27 Jun 2022
 Hari :Isnin
 Masa :9.30 Pagi - 12.30 T/Hari
 Lokasi   :PEDi Kg Tersusun Batu 8
 Peserta :1 Orang

Tujuan: 

UPU Online.

Aktiviti:  

Pengguna PEDi menggunakan perkhidmatan Internet yg disediakan PEDi bagi mengemaskini permohonan UPU Online. 

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :19 Jun 2022
 Hari :Ahad
 Masa :3.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi   :PEDi Kg Tersusun Batu 8
 Peserta :2 Orang

Tujuan: 

Untuk menguji pengetahuan peserta tentang perkakasan komputer.

Aktiviti:  

Aktiviti e-pembelajaran bermain sambil belajar ini diadakan bagi menguji pengetahuan peserta tentang perkakasan komputer serta mendedahkan kepada peserta fungsi-fungsi bagi setiap perkakasan komputer.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :25 Jun 2022
 Hari :Sabtu
 Masa :10.00 Pagi - 1.00 T/Hari
 Lokasi   :PEDi Kg Tersusun Batu 8
 Peserta :2 Orang

Tujuan: 

Webinar Shopee.

Aktiviti:  

Petugas PEDi menyertai sesi Webinar Shopee yang telah dianjurkan oleh MCMC dengan kerjasama daripada pihak Shopee. Taklimat ini memberi panduan kepada petugas dengan mempelajari asas perniagaan dengan membuat kedai Shopee dengan mempelajari cara menetapkan profile kedai, cara mempromosikan kedai serta cara memenuhi pesanan di Shopee.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :16 Jun 2022
 Hari :Khamis
 Masa :10.00 Pagi - 12.00 T/Hari
 Lokasi   :PEDi Kg Tersusun Batu 8
 Peserta :1 Orang

Tujuan: 

Memberi pendedahan kepada pengguna mengenai asas penggunaan email.

Aktiviti:  

Petugas PEDi memberikan pendedahan kepada pengguna berkenaan asas penggunaan Gmail. Peserta mempelajari cara membuka email dengan menggunakan PC. Peserta juga diberi tunjuk ajar berkenaan fungsi-fungsi yang terdapat di email dengan lebih terperinci.

Gambar Aktiviti