|
Tujuan:
Perkongsian tentang peranan inisiatif program Klik Dengan Bijak dalam kalangan komuniti.
Aktiviti:
Program webinar bersama moderator Pn. Saidatul Ashikin, Pengarah II, Jabatan Program Komuniti, MCMC dan ahli panel pertama - Pn. Hashimah Hashim, Ketua Jabatan Program Komuniti, MCMC, panel kedua - Dr. Mohd Roslan Rosnon dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan panel ketiga - Prof. Dr. Sarjit Singh Darshan Singh dari UPM.
Webinar ini mengetengahkan penyelidikan yang dijalankan, penemuan utama dan cadangan kajian dengan menekankan isu yang berkaitan dengan kesedaran pengguna, kecekapan, celik huruf dan keselamatan dalam talian, peranan dan impak keberkesanan program KDB, jurang dan peluang serta penambahbaikan KDB dalam kalangan komuniti dimasa hadapan.