Tarikh   :11 September 2022
 Hari :Ahad
 Masa :3.30 Petang - 5.30 Petang
 Lokasi   :PEDi Kg Tersusun Batu 8
 Peserta :1 Orang

Tujuan: 

Mengemaskini maklumat guru

Aktiviti:  

Pengguna PEDi menggunakan perkhidmatan komputer dan internet bagi memuat naik borang dan kertas-kertas soalan KAFA untuk kegunaan pelajar sekolah. Dengan penyediaan komputer dan internet yang pantas memudahkan beliau menyelesaikan tugasan dengan mudah.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :5&6 September 2022
 Hari :Isnin & Selasa
 Masa :8.30 Pagi - 5.00 Petang
 Lokasi   :Dewan Bahagia, Hospital Bahagia

Tujuan: 

Memperkasa budaya minda sihat di tempat kerja.

Aktiviti:  

Pegawai-pegawai NCDC dan unit kaunseling Jabatan Negeri Perak memberikan taklimat bina upaya minda sihat di tempat kerja sempena kempen ke arah kelestarian kesihatan mental warga negeri Perak 2022. Peserta-peserta diberikan pendedahan berkenaan cara pengurusan stress, penerokaan emosi serta mengenali personaliti tersendiri.

Bengkel ini juga memberi pendedahan cara-cara pengurusan masalah, cara mengendalikan bantuan asas psikologi yang berpandukan PFA Action Principle serta cara mengaplikasikan 3L (LOOK, LISTEN, LINK).

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :23 Ogos 2022
 Hari :Selasa
 Masa :2.30 Petang - 3.30 Petang
 Lokasi   :PEDi Kg Tersusun Batu 8
 Peserta :2 Orang

Tujuan: 

Taklimat Pendaftaran Perniagaan SSM

Aktiviti:  

Taklimat dari pihak SSM secara atas talian memberikan pendedahan maklumat berkaitan SSM, fungsi, Entiti Perniagaan serta kelebihan mendaftar peniagaan tersebut.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :3 September 2022
 Hari :Sabtu
 Masa :2.30 Petang - 3.30 Petang
 Lokasi   :PEDi Kg Tersusun Batu 8
 Peserta :2 Orang

Tujuan: 

Mempelajari cara membuat resume

Aktiviti:  

Petugas memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada peserta cara membuat resume menggunakan aplikasi Canva. Aktiviti ini dimulai dengan peserta memilih template resume yang disediakan. Peserta kemudian mengisi maklumat-maklumat berkaitan peserta bagi melengkapkan resume tersebut.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   :23 Ogos 2022
 Hari :Selasa
 Masa :10.00 Pagi - 2.00 Petang
 Lokasi   :PEDi Kg Tersusun Batu 8
 Peserta :Komuniti Setempat

Tujuan: 

Kaunter Bergerak Tabung Haji @ PEDi

Aktiviti:  

Perkhidmatan Kaunter Bergerak Tabung Haji di PEDi Kampung Tersusun Batu 8 diadakan bagi memudahkan komuniti setempat menggunakan perkhimatan tabung haji seperti membuka akaun dewasa/kanak-kanak, kemaskini profil/penamaan, pendaftaran haji/semak status haji serta pendaftaran THijari.

Gambar Aktiviti