|
Tujuan:
Program Semarak Hari Kemerdekaan Malaysia ke - 65 2022
Aktiviti:
Program Semarak Merdeka yang telah disertai oleh pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat Asy- Syukriah Kg Tersusun Batu 8 ini diadakan bagi memupuk dan membangkit semangat patriotik cintakan tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia.
Program ini dimulai dengan aktiviti klik dengan bijak. Petugas PEDi menerangkan serta memberi kesedaran kepada pelajar berkenaan buli siber iaitu sejenis buli yang sering berlaku secara dalam talian. Aktivit diteruskan dengan Seni Kraf Merdeka bagi pelajar tahap 1 dan juga aktiviti ICT Poster Merdeka Online bagi pelajar tahap 2 dengan menggunakan aplikasi Sketchpad.
Program Semarak Merdeka 65 ini diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu bertema kemerdekaan seperti Jalur Gemilang dan Tanggal 31 serta perarakan kemerdekaan.
|
Tujuan:
Mempelajari cara pertukaran fail berformat pdf.
Aktiviti:
Petugas PEDi menmberikan panduan kepada peserta cara membuat pertukaran fail pdf ke fail berformat word serta memberikan penerangan kepelbagaian fungsi yang terdapat di laman sesawang iLovePDF.
|
Tujuan:
Mempelajari cara membuat penyelenggaraan alatan pencetak.
Aktiviti:
Petugas PEDi membantu komuniti dengan memberikan panduan cara penyelenggaraan alatan pencetak dengan mempelajari cara untuk memeriksa nozzle printer, membersihkan dan menyelaraskan printer head dan juga memeriksa printer paper feeder rollers supaya alat pencetak sentiasa berada dalam keadaan baik.
|
Tujuan:
Kuiz bermain sambil belajar menggunakan aplikasi Kahoot bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65.
Aktiviti:
Petugas PEDi menggunakan Kahoot sebagai medium untuk menguji tahap kefahaman dan pengetahuan para peserta mengenai sejarah negara Malaysia dan Hari Kemerdekaan Malaysia.
|
Tujuan:
Memberi panduan kepada komuniti cara menggunakan Google Sheets.
Aktiviti:
Petugas PEDi membantu komuniti dengan memberikan panduan cara menyusun semula nama mengikut abjad huruf serta cara menukarkan penggunaan huruf kecil ke huruf besar di Google Sheets.