Tarikh   :19 Ogos 2022
 Hari :Jumaat
 Masa :3.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi   :PEDi Kg Tersusun Batu 8
 Peserta :Pelajar Sekolah Agama Rakyat Asy- Syukriah Kg Tersusun Batu 8

Tujuan: 

Program Semarak Hari Kemerdekaan Malaysia ke - 65 2022

Aktiviti:  

Program Semarak Merdeka yang telah disertai oleh pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat Asy- Syukriah Kg Tersusun Batu 8 ini diadakan bagi memupuk dan membangkit semangat patriotik cintakan tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia.

Program ini dimulai dengan aktiviti klik dengan bijak. Petugas PEDi menerangkan serta memberi kesedaran kepada pelajar berkenaan buli siber iaitu sejenis buli yang sering berlaku secara dalam talian. Aktivit diteruskan dengan Seni Kraf Merdeka bagi pelajar tahap 1 dan juga aktiviti ICT Poster Merdeka Online bagi pelajar tahap 2 dengan menggunakan aplikasi Sketchpad. 

Program Semarak Merdeka 65 ini diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu bertema kemerdekaan seperti Jalur Gemilang dan Tanggal 31 serta perarakan kemerdekaan.

Gambar Aktiviti