|
Tujuan:
Kelas Usahawan : Mempelajari cara penggunaan tools di Microsoft Word.
Aktiviti:
Kelas microsoft word ini telah disertai oleh usahawan yang ingin mempelajari cara-cara membuat surat rasmi bagi tujuan surat menyurat beliau. Petugas memberikan panduan dan tunjuk ajar cara penggunaan tools yang tersedia di Microsoft Word. Beliau telah mempelajari cara menetapkan margin serta numbering.
|
Tujuan:
Kelas Softskill : Mempelajari cara menghasilkan resume.
Aktiviti:
Peserta menyertai kelas online Entering the Job Market: Resume Writing untuk mempelajari cara-cara membuat resume dengan betul dan mendapatkan panduan cara-cara terperinci maklumat-maklumat yang perlu diletakkan di dalam resume. Tenaga pengajar juga menyemak contoh-contoh resume yang dikongsikan oleh peserta bagi tujuan penambahbaikan resume para peserta.
|
Tujuan:
Kelas Asas ICT: Mempelajari cara menukar fail berformat pdf kepada word.
Aktiviti:
Petugas PEDi memberikan panduan kepada peserta cara membuat pertukaran fail pdf ke fail berformat word serta memberikan penerangan kepelbagaian fungsi yang terdapat di laman sesawang iLovePDF.
|
Tujuan:
Kelas Asas ICT: Mempelajari cara memuat naik aplikasi online banking di telefon bimbit.
Aktiviti:
Petugas PEDi memberikan panduan kepada peserta cara memuat naik aplikasi online banking di telefon bimbit. Selain itu, peserta juga mempelajari cara mengaktifkan kad debit yang baru diperbaharui.
|
Tujuan:
Sesi mesyuarat Pengarah MCMC Negeri Perak bersama Petugas PEDi Perak
Aktiviti:
Mesyuarat yang diadakan secara bersemuka dan juga secara online ini bertujuan untuk memperkenal Pengarah MCMC Negeri Perak yang baharu iaitu En Mohd Irwan Mohamed kepada semua petugas-petugas PEDi di negeri Perak. Selesai sesi berkenalan, sesi membincangkan perkara-perkara yang berbangkit dan perkara yang diusulkan berhubung dengan PEDi di Perak turut diadakan