|
Tujuan:
Resume Writing
Aktiviti:
Peserta menyertai kelas online Entering the Job Market: Resume Writing untuk mempelajari cara-cara membuat resume dengan betul dan mendapatkan panduan cara-cara terperinci maklumat-maklumat yang perlu diletakkan di dalam resume.
|
Tujuan:
Membuat label & tag produk
Aktiviti:
Petugas memberi panduan dan tunjuk ajar kepada usahawan cara membuat tagging produk bagi memudahkan pembeli mengenali produk-produk jualan beliau.
|
Tujuan:
Pengemaskinian UPU online lepasan SPM
Aktiviti:
Petugas memberi panduan kepada peserta bagi pengemaskinian UPU online dengan mengisi ruangan keputusan SPM yang telah diperolehi.
|
Tujuan:
Melatih tangan dengan penggunaan tetikus.
Aktiviti:
Petugas memberi panduan dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar tabika tentang asas ICT dan latihan penggunaan tetikus. Pelajar-pelajar tabika didedahkan dengan fungsi kegunaan tetikus. Pelajar-pelajar tabika kemudian dilatih cara penggunaan tetikus dengan melakukan aktiviti menyambung susunan nombor dari satu titik ke satu titik yang lain dan juga susunan abjad A-Z.
|
Tujuan:
Perbaharui SSM secara online
Aktiviti:
Petugas Rakan Digital memberikan penerangan serta panduan cara perbaharui SSM melalui Ezbiz SSM.