Tarikh   : 5 Ogos 2023
 Hari : Sabtu
 Masa : 11:00 Pagi - 12:00 T/Hari
 Lokasi   : PEDi Kg Tersusun Batu 8
 Peserta : 1 Orang

Tujuan: 

Kelas Asas ICT: Mempelajari cara pemindahan wang menggunakan aplikasi online banking di telefon bimbit.

Aktiviti:

Petugas PEDi memberikan panduan kepada peserta cara pemindahan wang menggunakan aplikasi i-muamalat online banking di telefon bimbit. Selain itu, peserta juga mempelajari cara menggunakan JomPay.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   : 21 Julai 2023
 Hari : Jumaat
 Masa : 11:00 Pagi - 12:00 T/Hari
 Lokasi   : PEDi Kg Tersusun Batu 8
 Peserta : 25 Pelajar Tabika Kemas Kg Tersusun Batu 8

Tujuan: 

Tayangan interaktif - video pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti:

Peserta didedahkan dengan video dan demonstrasi media yang mana peserta belajar sambil mengikuti apa yang media paparkan. Aktiviti ini menarik minat peserta untuk meniru perbuatan yang ditayangkan serta menggunakan keseluruhan anggota fizikal.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   : 18 Julai 2023
 Hari : Selasa
 Masa : 11:00 Pagi - 12:30 T/Hari
 Lokasi   : PEDi Kg Tersusun Batu 8
 Peserta : 1 Orang

Tujuan: 

Kelas Softskill: Mempelajari kemahiran temuduga (Interview skills).

Aktiviti:

Peserta didedahkan cara yang betul untuk berhadapan dengan penemuduga serta diberikan tips apabila ditemuduga. Tenaga pengajar bagi kelas online Entering the Job Market: Interview skills ini juga menunjukkan contoh-contoh yang betul dan salah supaya peserta dapat membuat yang terbaik apabila ditemuduga. 

Gambar Aktiviti


 Tarikh   : 21 Julai 2023
 Hari : Jumaat
 Masa : 10:00 Pagi - 11:00 Pagi
 Lokasi   : PEDi Kg Tersusun Batu 8
 Peserta : 25 Pelajar Tabika Kemas Kg Tersusun Batu 8

Tujuan: 

Kelas E-Pembelajaran: Puzzle Poster & Education Games

Aktiviti:

Peserta didedahkan dengan kaedah bermain sambil belajar. Peserta menggunakan kemahiran penggunaan tetikus yang telah dipelajari dengan bermain puzzle poster dan juga educational games.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   : 16 Julai 2023
 Hari : Ahad
 Masa : 3:00 Petang - 5:00 Petang
 Lokasi   : PEDi Kg Tersusun Batu 8
 Peserta : 5 Orang

Tujuan: 

Kelas E-pembelajaran di Wordwall.

Aktiviti:

Kelas E-pembelajaran ini telah disertai oleh pelajar sekolah menengah yang membuat ulangkaji matapelajaran Bahasa Melayu dan pendidikan Islam di Wordwall. Aktiviti ini dapat menarik minat peserta untuk belajar sambil bermain serta mendedahkan peserta kepada ICT.

Gambar Aktiviti