KISAH KEJAYAAN (USAHAWAN) / CELIT IT Q1 (JANUARI - MARCH)


 

Nama

Umur

Jantina

Bangsa

Pn. Nur Halina

39

Perempuan

Melayu

 

 

Latar belakang

Pn. Nur Halina merupakan seorang suri rumah tangga kini menjalankan perniagaan makanan seperti kek dan pastri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menggunakan komputer di rumahnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, beliau dapat menggunakan komputer dengan bagus kerana dapat mengenali program untuk melebarkan perniagaannya.

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Mempelajari cara mempromosikan perniagaan melalui Facebook.

-       Mempelajari bagaimana menguruskan order pelanggan.

-       Mempelajari bagaimana menguruskan akaun kewangan.

-       Mempelajari pelan perniagaan.untung/ rugi

-       Mempelajari cara mengambil order melalui FB

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • -       Memberikan khidmat nasihat dalam pemasaran online.

    -       Menyediakan dirinya agar maju dalam teknologi IT.

 

USAHAWAN PERNIAGAAN ATAS TALIAN

Nama :  Norli Binti Shukor
Umur :  41 Tahun
Ahli :  2015

 

Latar Belakang

Kisah kejayaan Pusat Internet Kampung Tersusun Batu 8 pada kali ini adalah mengenai seorang usahawan sambilan yang menjual supplement secara online. Serba sedikit latar belakang Puan Norli, beliau merupakan seorang penjawat awam. Beliau berhasrat untuk menambah pendapatan bulanan beliau dengan menjual produk secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet produk beliau cuma mendapat sambutan dari pihak berdekatan seperti dari golongan yang sama kerjaya serta tempat kerja. Selepas penglibatan beliau di Pusat Internet melalui kelas keusahawanan yang di jalankan di Pusat Internet, Puan Norli lebih bijak untuk memasarkan produk beliau dengan lebih agresif secara online dan offline. Sambutan terhadap produk beliau meningkat sehingga beliau sentiasa kehabisan stok produk yang dijual.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Apa yang dipelajari melalui pembelajaran di Pusat Internet adalah beliau sudah mempelajari cara membuat pemasaran online melalui applikasi dashboard serta mempelajari cara memuat naik brochure produk menggunakan Microsoft Publisher dan petugas PI juga telah membantu mempromosikan produk dan memperkenalkan applikasi dashboard untuk tujuan pasaran online serta mengajar teknik menghasilkan brochure yang menarik pelanggan. 

 

 

 

 

 

USAHAWAN PERNIAGAAN ATAS TALIAN

Nama :  Masmiza Binti Salleh
Umur :  36 Tahun
Ahli :  2015

 

Latar Belakang

Kisah kejayaan Pusat Internet Kampung Tersusun Batu 8 pada kali ini adalah mengenai seorang  usahawan yang memasarkan Jus Caliph secara online, Puan Masmiza binti Salleh yang tidak asing lagi dikalangan warga KG. Tersusun Batu 8, kerana beliau juga merupakan seorang petugas di perpustakaan Desa Batu 8. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini mula menjadi ahli Pusat Internet Kampung Tersusun Batu 8  pada 1 Oktober 2015

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kedudukan Pusat Internet Kampung Tersusun Batu 8 yang berhampiran dengan tempat kerja beliau telah menarik minat beliau untuk mengunjungi Pusat Internet Kampung Tersusun Batu 8 untuk lebih mengetahui lagi fungsi-fungsi dan perkhidmatan yang disediakan, setelah petugas telah menjelaskan fungsi-fungsi yang terdapat di Pusat Internet. Beliau mula menunjukan minat untuk menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Kampung Tersusun Batu 8 dan mendaftar sebagai ahli.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak dari itu beliau mula mengikuti kelas & latihan computer di Pusat Internet Kampung Tersusun Batu 8, sebelum ini beliau hanya menjual Jus Caliph secara kecil-kecilan Kepada komuniti setempat sahaja. Tetapi setelah beliau mengikuti kelas yang disediakan  di Pusat Internet Kampung Tersusun Batu 8, beliau mula berlajar cara-cara memasarkan produk Jus Caliph di media social seperti Facebook dan blog beliau sendiri yang dicipta semasa mengikuti kelas ICT Pusat Internet. Sejak itu beliau aktif  membuat promosi di media social dan hasilnya beliau mula  mendapat lebih banyak pelanggan dari tempat lain kerana produk Berjaya dipasarkan dengan lebih meluas secara online.

 

Kini petugas mendapati beliau juga tidak memerlukan pertolanggan petugas bagi memasukkan gambar dan membuat promosi di media social kerana Puan Masmiza telah mahir untuk melakukanya sendiri. Kini beliau boleh menarik nafas dengan lega kerana dapat meningkatkan lagi pendapatan sampingan beliau secara online. Pada pandangan beliau di Pusat Internet Kampung Tersusun Batu 8 banyak membantu dalam membesarkan pasaran pembeli produk yang dijual oleh beliau. Produk mendapat tempahan dari pelanggan yang baru serta bilangan jualan meningkat setiap bulan,Menurutnya lagi pengetahuan dalam bidang ICT dapat ditingkatkan lagi secara percuma sahaja dengan hanya menjadi ahli.

Kesimpulannya, Pusat Internet Kampung Tersusun Batu 8 harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti sekitar kerana banyak program yang dianjurkan dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti. Komuniti celik IT juga dapat dilahirkan dan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar dapat dikurangkan.