USAHAWAN PERNIAGAAN ATAS TALIAN

Nama :  Norli Binti Shukor
Umur :  41 Tahun
Ahli :  2015

 

Latar Belakang

Kisah kejayaan Pusat Internet Kampung Tersusun Batu 8 pada kali ini adalah mengenai seorang usahawan sambilan yang menjual supplement secara online. Serba sedikit latar belakang Puan Norli, beliau merupakan seorang penjawat awam. Beliau berhasrat untuk menambah pendapatan bulanan beliau dengan menjual produk secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet produk beliau cuma mendapat sambutan dari pihak berdekatan seperti dari golongan yang sama kerjaya serta tempat kerja. Selepas penglibatan beliau di Pusat Internet melalui kelas keusahawanan yang di jalankan di Pusat Internet, Puan Norli lebih bijak untuk memasarkan produk beliau dengan lebih agresif secara online dan offline. Sambutan terhadap produk beliau meningkat sehingga beliau sentiasa kehabisan stok produk yang dijual.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Apa yang dipelajari melalui pembelajaran di Pusat Internet adalah beliau sudah mempelajari cara membuat pemasaran online melalui applikasi dashboard serta mempelajari cara memuat naik brochure produk menggunakan Microsoft Publisher dan petugas PI juga telah membantu mempromosikan produk dan memperkenalkan applikasi dashboard untuk tujuan pasaran online serta mengajar teknik menghasilkan brochure yang menarik pelanggan.