Tarikh |
: 09 November 2018 |
Masa |
: 8.30pg-11.30pg |
Peserta |
: Murid Tgkt 3 SMK WIRA JAYA |
Lokasi |
: Perpustakaan |
Tujuan :
Mewujudkan platform bagi menyalurkan maklumat kepada pelajar mengenai bagaimana menggunakan teknologi maklumat dengan cara yang betul.
Aktiviti :
Pelajar diterangkan mengenai pengenalan kepada internet serta hal dan tanggungjawab sebagai warga digital. Pelajar juga didedahkan mengenai apa itu Online Grooming iaitu kaedah yang digunakan oleh seseorang yang mahu berkawan melalui atas talian atau aplikasi chat dengan kanak-kanak untuk tujuan seks dan sebagainya. Laman web SEBENARNYA.MY turut diperkenalkan bagi tujuan pelajar mendapatkan maklumat yang sahih mengenai apa yang disebarkan dan tular di media sosial. Pelajar didedahkan dengan sesuatu maklumat dan menggalakkan pengguna internet untuk tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih. Diakhir seminar ini pengrus pusat internet akan membuat beberapa aktiviti untuk memudahkan pelajar lebih memahami dengan apa yang telah diterangkan.