|
Tujuan:
Renew SSM online melalui EZbiz
Aktiviti:
Petugas memberi tunjuk ajar cara untuk peserta memperbaharui SSM secara dalam talian online melalui EzBiz.
|
Tujuan:
Baucar buku Madani 2024
Aktiviti:
Petugas memberi tunjuk ajar cara untuk membuat penebusan dan penggunaan baucar buku Madani yang dibuat secara dalam talian menggunakan aplikasi DELIMa dan Kota Buku Digital.
|
Tujuan:
Sesi Briefing tentang SSM BizStart Siri ke 5/2024
Aktiviti:
Penganjuran program ini adalah bertujuan memberi pengetahuhan kepada usahawan-usahawan bagi melahirkan komuniti usahawan yang memahami dengan jelas kepentingan pendaftaran perniagaan.
Program SSM BizStart akan memberikan penekanan kepada 3 topik utama seperti berikut:
- Pendaftaran Perniagaan
- Platform Perniagaan
- Fasiliti Perniagaan
Program ini juga turut disertai oleh rakan strategik SSM seperti PERNAS dan BSN yang akan menawarkan inisiatif perniagaan kepada para usahawan.
.
|
Tujuan:
Program E-Dagang S.M.A.R.T Niaga @Perak x Shopmatic
Aktiviti:
Penganjuran program ini adalah bertujuan memberi pengetahuhan kepada usahawan-usahawan bagi melahirkan komuniti usahawan yang memahami dengan jelas kepentingan laman web bagi memudahkan perniagaan.
Program E-Dagang ini memberi latihan serta bimbingan mengurus dan menggunakan laman web perniagaan anjuran Digital Perak
|
Tujuan:
E - Learning - Puzzle Hari Malaysia
Aktiviti:
Petugas memberi penerangan tentang aktiviti Puzzle - Semepena Hari Malaysia.Peserta perlu menyelesaikan puzzle yang diberikan semuanya berkaitan dengan negara Malaysia.Tujuan aktiviti adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran rakyat Malaysia mengenai negara itu sendiri dan menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya dalam kalangan generasi muda.