|
Tujuan:
Fotografi Produk Usahawan
Aktiviti:
Petugas Rakan Digital NADI membantu usahawan menangkap gambar produk usahawan serta memberi tunjuk ajar cara menyunting gambar yang telah diambil bagi tujuan pemasaran produk di medial sosial.
|
Tujuan:
Sesi Briefing tentang BUDI MADANI & Aplikasi PriceCatcher.
Aktiviti:
Petugas NADI diberi taklimat mengenai pelaksanaan 'BUDI MADANI' dengan lebih terperinci yang mana AI Untuk Rakyat ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:-
1-BUDI MySubsidi Diesel
2-BUDI Agri-Komoditi
3-BUDI Individu
Di samping itu juga semua peserta diberikan penerangan berkaitan dengan aplikasi PriceCatcher di akhir taklimat.
|
Tujuan:
E - Learning - Jigsaw Puzzle Maker
Aktiviti:
Petugas memberi penerangan tentang aktiviti Jigsaw Puzzle Maker. Ia melatih softskill peserta dengan kemahiran penyelesaian masalah.Peserta mempelajari cara pencarian image di google serta memasukkan gambar di website jigsaw puzzle.Peserta dikehendaki menyelesaikan puzzle mereka sehingga lengkap.
|
Tujuan:
S.T.E.M - Straws Circle Paper Plane
Aktiviti:
Petugas memberi penerangan tentang aktiviti STEM - Straws Circle Paper Plane kepada peserta. Video tentang cara membuat kapal terbang kertas menggunakan straw serta cara ia berfungsi ditayangkan kepada peserta untuk memahami dengan lebih lanjut. Aktiviti diteruskan dengan membuat Kapal Terbang menggunakan daya kreativiti dari straw dan peserta akan menguji keberkesanan kapal terbang masing-masing.
|
Tujuan:
Aplikasi AINS NILAM
Aktiviti:
Petugas memberi panduan kepada pelajar cara untuk login dan menggunakan delima 2.0 untuk mereka merekod bacaan buku mereka di aplikasi AINS.