Tarikh   : 7 Januari 2024
 Hari : Ahad
 Masa : 4:00 Petang - 5:00 Petang
 Lokasi   : PEDi Kg Tersusun Batu 8
 Peserta 7 Orang

Tujuan: 

STEM Project: Paper Rocket Straw

Aktiviti:

Membimbing para peserta bagi meningkatkan tahap kreativiti mereka dengan aktiviti praktikal dan memahami bagaimana sebuah roket itu berfungsi serta bagaimana ia terbang.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   : 6 Januari 2024
 Hari : Sabtu
 Masa : 3:00 Petang - 4:00 Petang
 Lokasi   : PEDi Kg Tersusun Batu 8
 Peserta 7 Orang

Tujuan: 

E-Learning: Quizizz (Matematik)

Aktiviti:

Membimbing para peserta mengulangkaji sifir darab.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   : 22 Disember 2023
 Hari : Jumaat
 Masa : 11:00 Pagi - 12:30 T/hari
 Lokasi   : PEDi Kg Tersusun Batu 8
 Peserta 1 Orang

Tujuan: 

STEM: Build Project

Aktiviti:

Membimbing para peserta untuk memahami dan membuat pemerhatian tentang bentuk geometri serta perbezaan bentuk struktur 2D dan 3D.

Gambar Aktiviti


 Tarikh   : 5 Januari 2024
 Hari : Jumaat
 Masa : 10:00 Pagi 
 Lokasi   : PEDi Kg Tersusun Batu 8

Tujuan: 

Lawatan Kerja Bersama Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Ke Aktiviti Pendaftaran PADU

Aktiviti:

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia Dan NGO, YB Encik Mohd Azlan Helmi bin Helmi telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tersusun Batu 8, Ulu Kinta sempena pendaftaran PADU. 

Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Pegawai Pejabat ADUN Hulu Kinta, Encik Asyraf bin Kahasani; Pengarah DOSM Perak Encik Ridauddin bin Masud; Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak, Encik Yosri bin Abdul Mohsin; Pengarah SKMM Negeri Perak Encik Mohd Irwan bin Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak Corporation Holdings Encik Mohamad Suhaimi bin Mohamad Tahir.

 

Menerusi lawatan kerja ini, taklimat ringkas berkaitan PADU telah disampaikan oleh Encik Ridauddin bin Masud, Pengarah DOSM Perak dan Pengarah SKMM Negeri Perak Encik Mohd Irwan bin Mohamed kepada wakil-wakil penghulu dan orang ramai. Sesi demonstrasi juga sempat diadakan bagi menerangkan berkaitan manual pengisian maklumat ke dalam sistem PADU.

 

Gambar Aktiviti


 Tarikh   : 16 Disember 2023
 Hari : Sabtu
 Masa : 10:00 Pagi – 12:00 T/hari
 Lokasi   : PEDi Kg Tersusun Batu 8
 Peserta 1 Orang

Tujuan: 

E-pembelajaran & STEM: Math Games

Aktiviti:

Peserta mempelajari dan mengulangkaji subjek matapelajaran matematik.

Gambar Aktiviti