SELAMAT DATANG 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pusat Ekonomi Digital Kampung Tersusun Batu 8, Tambun, Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal kami.

PEDi Kg Tersusun Batu 8 telah mula beroperasi pada 19 September 2015, PEDi Batu 8 merupakan salah satu dari 10 pusat internet yang dibuka dibawah fasa 7 miskin bandar (urban poor), yang tertumpu kepada kawasan-kawasan semi bandar yang penduduknya mempunyai purata pendapatan bawah dari RM 2,000 sebulan. Pada mulanya projek pusat internet ini dirancang untuk dibangunkan di Kampung Sg. Rokam di Gunung Rapat, tetapi atas beberapa sebab tertentu projek ini akhirnya dibangunkan di Kampung Tersusun Batu 8, Ulu Kinta.

PEDi dikendalikan oleh 2 orang petugas iaitu seorang Pengurus dan seorang Penolong Pengurus, ini beroperasi setiap hari. PEDi juga dilengkapi kemudahan ICT seperti 20 buah komputer, internet, smartboard, wifi dan lain-lain.


Apa itu Pusat Ekonomi Digital?

PEDi atau Pusat Ekonomi Digital adalah pusat sehenti yang menyediakan capaian internet kepada komuniti setempat, latihan ICT dan keusahawanan dengan bertujuan untuk menaikkan taraf sosioekonomi setempat dan merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.

 


 

WAKTU OPERASI PEDi KG. TERSUSUN BATU 8

 

WAKTU_OPERASI_PIK.png 

 

KEMUDAHAN & PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

 

WP.jpg 

  • Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi.
  • Kemudahan 20 buah komputer kesemuanya, 10 didalam bilik latihan bagi tujuan pembelajaran, manakala 10 lagi diluar bilik untuk kegunaan pengguna.
  • Kemudahan fotokopi/photostat, pencetak/printer, pengimbasan/scan, limanate dan binding.
  • Kemudahan fasaliti yang moden, selesa, bersih dan berhawa dingin.
  • PEDi turut dilengkapi dengan fasiliti khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) melayari internet dan juga turut menyediakan  ruangan khas untuk anak kecil.
  • Program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus khas untuk ahli PEDi.

 

YURAN KEAHLIAN

  • Keahlian terbuka pada semua penduduk tempatan.
  • Untuk menjadi ahli hanya RM5.00 seumur hidup.
  • Ahli mendapat keistimewaan dari segi latihan dan bayaran penggunaan.

 

KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI PUSAT EKONOMI DIGITAL

  • Percuma penggunaan komputer 1jam selama 90 hari
  • Dapat mengikuti latihan/program ict ataupun program keusahawanan secara percuma
  • Kadar bayaran tambahan caj komputer hanya rm 1.00 sejam
  • Kadar bayaran perkhidmatan seperti fotokopi, print & lain-lain lebih murah

 
PETUGAS - PETUGAS PUSAT EKONOMI DIGITAL KG TERSUSUN BATU 8

 

 PENGURUS                                                                 

Nama: Mohd Sallehin

Tarikh berkhidmat :  7 April 2023

 

PENOLONG PENGURUS

Nama: Nur Ezzati 

Tarikh berkhidmat : 7 September 2020              

 
                                                  
 

 

ALAMAT
 Pusat Internet Komuniti,
 Kampung Tersusun Batu 8,
 31150 Ulu Kinta, Perak
EMAIL  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
FACEBOOK  https://www.facebook.com/PEDiKgTersusunBatu8/
PORTAL  http://kgtersusun.pjk.com.my/
INSTAGRAM  https://www.instagram.com/pedi_tambun/