Keusahawanan merupakan salah satu faktor terpenting dalam pembangunan ekonomi negara. Definisi keusahawanan sendiri menjelaskan ia adalah proses menggabungkan sumber pengeluaran seperti tanah, bahan mentah, tenaga manusia, modal, teknologi dan ilmu pengetahuan dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

Skop keusahawanan kini boleh diperolehi sama ada melalu cara "online" ataupun "offline". Keuntungan yang banyak akan diperolehi asalkan ada kemahuan dan kehendak untuk berjaya. Salah satu matlamat keusahawanan adalah untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat setempat.


 

NASI BRIYANI KAMBING "KAK GEE"

Nama Pengusaha : En. Muhammad Aizat B. Jamaludin 

                             Pn. Norlia BT. Ismail

No Telefon : 016 - 527 8491 / 017 - 5582129

Alamat : No 211 Jalan Bunga Raya, Kg Tersusun Batu 8, 31150 Ulu Kinta, Perak

Nasi Briyani kambing Kak Gee diusahakan oleh Pasangan suami isteri iaitu  en.  Muhd Aizat, 30 dan  Pn. Norlia, 29. Pasangan suami isteri ini memulakan peniagaan nasi briyani i i 3 bulan yang lepas secara kecil-kecilan di hadapan rumah meraka dan di perkarangan laluan di taman bercham raya. Sebelum ini en. Mohd Aizat mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan kedai makan hampir 2 tahun.

Idea untuk menjual nasi briyani kambing bermula pada bulan Ramadhan yang lalu, ketika en.Aizat dan isterinya membantu ibu beliau berniaga lauk makanan di pasar Ramadhan, dari situ bermula la idea untuk membuka perniagaan nasi briyani kambing ini. Di samping itu en aizat juga turut membuat nasi briyani yang berlainan lauk seperti nasi briyani ayam merah/ayam kicap. Mereka tutut bercadang untuk membuat nasi briyani ini dalam bentuk frozen pada masa terdekat ini. Turut menerima tempahan.

Sekiranya ada yang berminat untuk merasa Nasi Briyani kambing Kak Gee, boleh la berkunjung ke gerai beliau seperti berikut :

Isnin – Rabu : perkarangan rumah (Kg tersusun batu 8)

Khamis – Ahad : di taman bercham raya (berhampiran 7Eleven taman perpaduan)

Dari Pukul 11.00 Pagi – 4.00 Petang

Harga / Menu :  

1 Set Nasi Briyani Kambing Rm 8.00

1 Set Nasi Briyani Ayam Merah/Ayam Kicap Rm 5.00

Kambing sahaja RM 7.00

Ayam sahaja  Rm 2.50 – Rm3.00 (mengikut saiz)

Nasi Sahaja Rm 2.00

 

 ANNUSYARAH MALAYSIA SDN BHD

Produk : Menghasilkan & Menjual Produk-Produk kesihatan berasakan sunnah.

Nama pengusaha : Tuan Haji Abdullah bin Mohd Yusof

No Telefon Bimbit : 013-566 6647 (Puan Syahirah Bt Abdullah)      No. Telefon : 05 - 5331 785 / 05 - 5335 785

Alamat : Lot B10, Kawasan Industri MARA, Batu 71/2, Jalan Tambun, 31150 Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.

Lawan Web : http://www.annusyrah.com/

ANNUSYRAH MALAYSIA SDN. BHD. adalah sebuah perniagaan sendirian berhad yang menjalankan perniagaan menghasilkan Produk Annusyrah sebagai ikhtiar penawar penyakit dan masalah hidup. Setakat hari ini, pihak Annusyrah telah menghasilkan hampir 20 jenis produk pelbagai guna yang menjurus kepada produk penyembuhan yang berteraskan ayat suci Al-Quran. Syarikat ini bermatlamat memartabatkan perubatan Islam yang menggabungkan seni perubatan zaman silam dan keagungan ayat Al-Quran sebagai ikhtiar penyembuhan,

Ia dimilikki sepenuhnya oleh usahawan bumiputera. Syarikat ini telah memulakan operasi di Tambun, Perak dengan melakukan aktiviti pengeluaran produk Air Tilawah dan Syifa serta penganjuran kursus belajar bahasa Arab. Selain itu, syarikat ini juga telah mengeluarkan produk Minyak Annusyrah (100%) iaitu Minyak Habbatus Sauda dan produk Serai Wangi.

ANNUSYRAH MALAYSIA SDN. BHD. telah didaftarkan di negeri PERAK secara rasminya pada 23 Ogos 2003 dengan nombor pendaftaran 596592-V. Perniagaan ini pada mulanya didaftarkan atas nama MUSOFFA (MALAYSIA) SDN. BHD. dengan nombor pendaftaran 596592-V pada 23 Oktober 2002 sebelum ditukar nama kepada ANNUSYRAH MALAYSIA SDN. BHD. pada 23 Ogos 2003.