|
Tujuan: Pengemaskinian maklumat peribadi bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021).
Aktiviti: Petugas telah memberikan panduan serta tunjuk ajar kepada pengguna mengenai cara-cara mengemaskini maklumat peribadi bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021).
|
Tujuan: Liputan Media RTM berserta Lawatan EXCO Belia, Sukan, Komunikasi & Multimedia Perak Bersama Pengarah SKMM Perak.
Aktiviti: Media RTM PERAK telah mengunjungi Pusat Internet Komuniti Kg Tersusun Batu 8 bagi membuat liputan berkaitan dengan penggunaan fasiliti PIK sebagai satu kemudahan bagi kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran dirumah(PdPR) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan berikutan pandemik Covid-19 yang mana kini banyak bergantung kepada pembelajaran secara maya.
Turut hadir bersama adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan,Komunikasi dan Multimedia Perak, YBhg Khairul Shahril Mohamed bersama Pengarah SKMM Perak, YBRS Tuan Zairul Nahar Bin Zakaria serta Timbalan Pengarah SKMM Perak Puan Hanita Izam Bin Abdul Rahman.
|
Tujuan: Online Business Training anjuran MARA.
Aktiviti: Ahli PIK menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet Komuniti bagi menghadiri MARA Online Business Training yang telah diadakan selama 3 hari melalui aplikasi ZOOM. Online Training tersebut merupakan salah satu anjuran MARA kepada ahli pemilik perniagaan bagi mempelajari cara membuat laman sesawang bagi tujuan pemasaran dan bisnes serta berkongsi produk jualan yang dijual oleh pemilik perniagaan.
|
Tujuan: Lawatan Media BERNAMA.
Aktiviti: Media BERNAMA telah mengunjungi Pusat Internet Komuniti Kg Tersusun Batu 8 bagi membuat liputan berkaitan dengan penggunaan fasiliti PIK sebagai satu kemudahan bagi kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran dirumah(PdPR) yang telah dilaksanakan berikutan pandemik Covid-19 yang mana kini banyak bergantung kepada pembelajaran secara maya.
|
Tujuan: Memberi tunjuk ajar serta pengenalan asas Adobe Photoshop.
Aktiviti: Petugas memberikan tunjuk ajar serta pengenalan asas Adobe Photoshop kepada ahli PIK. Ahli PIK mempelajari menggunakan paint tools serta penggunaan color swatches dan mewarnakan poster mengikut kreativiti tersendiri.