|
Tujuan: Liputan Media RTM berserta Lawatan EXCO Belia, Sukan, Komunikasi & Multimedia Perak Bersama Pengarah SKMM Perak.
Aktiviti: Media RTM PERAK telah mengunjungi Pusat Internet Komuniti Kg Tersusun Batu 8 bagi membuat liputan berkaitan dengan penggunaan fasiliti PIK sebagai satu kemudahan bagi kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran dirumah(PdPR) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan berikutan pandemik Covid-19 yang mana kini banyak bergantung kepada pembelajaran secara maya.
Turut hadir bersama adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan,Komunikasi dan Multimedia Perak, YBhg Khairul Shahril Mohamed bersama Pengarah SKMM Perak, YBRS Tuan Zairul Nahar Bin Zakaria serta Timbalan Pengarah SKMM Perak Puan Hanita Izam Bin Abdul Rahman.