Antaran pusat pengajian tinggi yang berdekatan dengan Kg Tersusun batu 8.

 

1) INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

         ALAMAT :      
 IPG Kampus Ipoh
 31150 Hulu Kinta
Perak
                       No. Tel : 05 - 533-1311                                    

Laman web : http://ipgipoh.info/main/

 

Mula diasakan di Kangar kemudian, Pada 1 Januari 1977, institut ini telah dipindahkan ke Ipoh dengan menumpang bangunan Institut Perguruan Kinta di Jalan Dairy, Ipoh. Pada 1 April 1977, institut ini telah berpindah ke kampus sementara di Kampung Dato' Ahmad Said, Manjoi, Ipoh dan dikenali sebagai Maktab Perguruan Ipoh (Baru). Kampus tetap di kawasan seluas 42.5 hektar di Hulu Kinta siap pada Jun 1983 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ini telah dirasmikan pada 2 Mei 1987 oleh Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mana pada ketika itu merupakan Menteri Pendidikan.

Institut Pendidikan Guru merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal - bakal guru. Bakal - bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG), Open University Malaysia (OUM) dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI). Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG ini telah dipilih berdasarkan beberapa temuduga dan ujian.Pelajar KPLSPM yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG yang telah mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhajaya Perkhidmatan Pelajaran.

2) POLITEKNIK PREMEIR UNGKU OMAR (PUO)

 

 ALAMAT :
POLITEKNIK UNGKU OMAR
JALAN RAJA MUSA MAHADI
31400 IPOH, PERAK
No. Tel : 05 -545 7656  /  545 7622
Faks : 05 - 547 1162
 
Emel :  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
LAMAN WEB  http://www.puo.edu.my/portalv4/index.php/ms/

 

            Kampus Politeknik Ungku Omar terletak di kawasanAmpang,Ipoh. Ia telah dirasmikan pada 10 Mei 1974 oleh Y.B. Menteri Pendidikan pada masa itu, AllahyarhamTun Abdul Razak b Hussein. Pada 1 September 1999, Maktab Perguruan Kinta menyerahkan kampusnya kepada PUO. Kini kampus bekas maktab dinamakan Kampus B dan digunakan sepenuhnya oleh Jabatan Perdagangan, Jabatan Pengajian Am, Unit Kokurikulum dan Unit Pepreriksaan.Pada peringkat awal penubuhan, politeknik ini mempunyai empat jabatan pengajian iaitu Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik dan Perdagangan. Pada tahun 1972, diwujudkan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan dengan bantuan teknikal dan rundingan daripada JICA. Pada 1 Mac 1999, dua unit akademik dinaikkan taraf sebagai Jabatan. Unit Matematik dan Sains dijadikan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer manakala Unit Bahasa/Agama pula dijadikan Jabatan Pengajian Am. Kini, Politeknik Ungku Omar mempunyai tujuh jabatan akademik.

     Politeknik ini didirikan dengan tujuan untuk memberi latihan kepada lulusan sekolah menengah dengan kelayakan SPM atau SPMV untuk menjadi juruteknik mahir dalam bidang juruteknik mahir dalam bidang kejuruteraan, pegawai eksekutif pertengahan dan separa profesional di sektor awam dan sektor swasta.  Antara sebahagian  senarai program yang terdapat di politeknik ungku omar :

-  Diploma Kejuruteraan Perkapalan     - Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)

-  Diploma Kejuruteraan Awam              -  Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

-  Diploma Seni Bina                                   -  Diploma Kewangan & Perbankan Islam

-  Diploma Kejuruteraan Mekanikal      -  Diploma Kejuruteraan Mekatronik

-  Diploma Akauntasi                                  -  Diploma Pengajian Perniagaan

 

 

3) KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU             SULTAN AZLAN SHAH

  

ALAMAT
 
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah
31250 Tanjong Rambutan
Perak
No. Tel : 05 - 5335233
 / 05 - 5330270

Faks : 05 - 5331179 (Pentadbiran)

 

    Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB SAS) atau dahulunya dikenali sebagai Kolej Sains Bersekutu Ulu Kinta, telah dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Kolej yang dibawah kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) ini seluas 16.75 hektar dan ia merupakan penyatuan dua institut latihan Kementerian Kesihatan iaitu Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta dan Kolej Kejururawatan Ipoh.

      Institut latihan menawarkan beberapa program seperti Diploma Pembantu Perubatan, Diploma Kejururawatan, Diploma Penolong Pegawai Farmasi, Kejururawatan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan dan kursus pengkhususan serta lanjutan.