Tarikh :  6 Julai 2018
Masa :  5.00 ptg
Peserta

   Pertubuhan Wanita Prihatin  Perak dan             Petugas Pusat Internet

Lokasi :  Pusat Internet Kg Tersusun Batu 8


Tujuan
 :

Perbincangan tentang Lawatan YABhg Dr Nomee Ashikin ke Pusat Internet Kg Tersusun Batu 8 bagi merasmikan Program Peka Klik dengan Bijak.

Aktiviti :

Program Peka Klik Dengan Bijak ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang kepentingan kita untuk penjadi pengguna yang bijak dalam membendung jenayah siber, pornografi, penipuan dalam talian, buli siber dan child grooming yang semakin berleluasa di luar sana akibat dari penyalahgunaan media sosial dan rasa tidak bertanggungjawab individu yang mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain.

Masyarakat perlu dididik dan diberi pendedahan bagaimana untuk mengelakkan dan mengatasi masalah ini dan dimana mereka perlu untuk berhubung dan membuat aduan jika terjadinya perkara-perkara tersebut. Dua orang usahawan yang juga Ahli Pusat Internet akan diundang bagi menceritakan tentang perniagaan mereka dan impaknya selepas mengikuti bengkel keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet bagi bertujuan untuk memupuk masyarakat menjana dan meraih pendapatan sampingan dari melakukan perniagaan atas talian.

LIHAT GAMBAR DISINI

Tarikh :  27 Jun 2018
Masa :  3.00 ptg
Peserta :  Pelajar sekolah menengah
Lokasi :  Pusat Internet Kg Tersusun Batu 8


Tujuan
 :

Perbincangan pelajar untuk menyiapkan kerja kursus sejarah.

Aktiviti :

Para pelajar melakukan perbincangan hal pembelajaran di dalam bilik kelas dan menyiapkan kerja kursus Sejarah yang diberi oleh guru mereka.  Disamping itu juga mereka melakukan pencarian maklumat di internet. Pusat Internet bukan sahaja menawarkan penggunaan komputer sahaja bahkan boleh melakukan perbincangan di dalam ruang yang disediakan. 

LIHAT GAMBAR DISINI

Tarikh :  7 Jun 2018
Masa :  9.00pg
Peserta :  Komuniti Setempat
Lokasi :  Perpustakaan Desa Kg Tersusun Batu 8


Tujuan
 :

Mempromosikan budaya membaca Al-Quran dalam kalangan umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat

Aktiviti :

Seramai beberapa orang komuniti setempat penduduk di Kg Tersusun Batu 8 telah menyertai Program World Quran Hour yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas ( WUIF ) yang diadakan secara serentak di seluruh dunia selama satu jam membaca, memahami dan menghayati ayat suci Al-Quran. Pihak Perpustakaan Desa dan Pusat Internet telah bekerjasama dalam menjayakan lagi program ini supaya berjalan dengan lancar. Secara tidak langsung, program ini dapat mengajak berinteraksi dengan al-Quran melalui World #QuranHour mampu menaikkan imej Islam dan menyuntik semangat mendalami, menghayati serta ajaran terkandung di dalamnya bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja tetapi di bulan-bulan yang lain juga.

LIHAT GAMBAR DISINI

Tarikh :  12 Jun 2018
Masa :  9.00 pg
Peserta :  Komuniti Setempat
Lokasi :  Tabika Kemas Kg Tersusun Batu 8


Tujuan
 :

Beramah mesra dengan orang ramai melalui agihan bubur lambuk pandu lalu.

Aktiviti :

Program ini melibatkan 5 orang kakitangan Tabika Kemas, 2 orang petugas Perpustakaan Desa dan petugas Pusat Internet dalam bergotong-royong memasak bubur lambuk yang dapat menghasilkan lebih 200 bekas bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai melalui pandu lalu. Program ini yang bermula seawal 9.00 pagi turut dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga murid Tabika Kemas, Ketua Kampung dan penduduk sekitar. 

LIHAT GAMBAR DISINI

Tarikh :  28 Mei 2018
Masa :  2.15 petang
Peserta :  Petugas Pejabat Kerajaan
Lokasi :  Masjid Negeri Perak


Tujuan
 :

Persediaan sebelum Program World QuranHour

Aktiviti :

Mesyuarat ini diadakan bagi tujuan untuk membuat perbincangan mengenai tentatif program, pembahagian tugas serta beberapa perbincangan rapi bagi memastikan kelancaran program World QuranHour dalam panduan pembentukan umat berakhlak mulia sempena bulan Ramadhan 1439H kali ini. Antara pihak yang terlibat adalah AJK Masjid Negeri serta beberapa petugas pejabat kerajaan yang terdiri daripada wakil Perpustakaan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ( SUK ), Jabatan Agama Islam Perak ( JAIP ) dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Perak ( JPN ). 

LIHAT GAMBAR DISINI