Tarikh | : 11 Julai 2018 |
Masa | : 11.00 pg |
Peserta |
: Pelajar sekolah, Pelajar IPTA, Penjawat Awam, Komuniti Setempat |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tersusun Batu 8 |
Tujuan :
Lawatan YABhg Dr Nomee Ashikin ke Pusat Internet Kg Tersusun Batu 8 bagi merasmikan Program Peka Klik dengan Bijak.
Aktiviti :
Isteri Menteri Besar Perak, YABhg. Dr Nomee Ashikin Binti Dato' Mohammed Radzi telah merasmikan Program Peka Klik dengan Bijak anjuran Pertubuhan Wanita Prihatin Perak dengan Kerjasama MCMC Perak. Dr Nomee menekankan bahawa kita perlu memantau aktiviti anak-anak bagi membendung jenayah pornografi. Turut memberi ucapan Ketua MCMC Perak, Puan Hanita Izam yang menegaskan tentang apa itu Klik Dengan Bijak dan peranan kita untuk membendung jenayah siber.
Dua orang Usahawan yang juga ahli Pusat Internet Kg Tersusun Batu 8 turut diundang bagi menceritakan tentang apa yang telah dipelajari oleh mereka melalui Bengkel Keusawanan dan apa impaknya pada perniagaan mereka selepas mengikuti bengkel tersebut.Program ini telah dihadiri oleh komuniti setempat, pelajar sekolah menengah, pelajar IPTA dan juga beberapa wakil dari penjawat awam bagi memeriahkan lagi majlis. Disamping itu juga, jamuan hari raya turut diadakan bersempena dengan program ini diadakan dalam bulan Syawal.