Tarikh   : 5 Januari 2024
 Hari : Jumaat
 Masa : 10:00 Pagi 
 Lokasi   : PEDi Kg Tersusun Batu 8

Tujuan: 

Lawatan Kerja Bersama Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Ke Aktiviti Pendaftaran PADU

Aktiviti:

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia Dan NGO, YB Encik Mohd Azlan Helmi bin Helmi telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tersusun Batu 8, Ulu Kinta sempena pendaftaran PADU. 

Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Pegawai Pejabat ADUN Hulu Kinta, Encik Asyraf bin Kahasani; Pengarah DOSM Perak Encik Ridauddin bin Masud; Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak, Encik Yosri bin Abdul Mohsin; Pengarah SKMM Negeri Perak Encik Mohd Irwan bin Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak Corporation Holdings Encik Mohamad Suhaimi bin Mohamad Tahir.

 

Menerusi lawatan kerja ini, taklimat ringkas berkaitan PADU telah disampaikan oleh Encik Ridauddin bin Masud, Pengarah DOSM Perak dan Pengarah SKMM Negeri Perak Encik Mohd Irwan bin Mohamed kepada wakil-wakil penghulu dan orang ramai. Sesi demonstrasi juga sempat diadakan bagi menerangkan berkaitan manual pengisian maklumat ke dalam sistem PADU.

 

Gambar Aktiviti