|
Tujuan:
Persidangan ini dianjurkan untuk memberi penghargaan kepada pengurus dan penolong pengurus yang berusaha untuk menjayakan fungsi Pusat Ekonomi Digital.
Aktiviti:
Persidangan ini berlangsung selama satu hari yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), YB Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri KKD, YB Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, serta Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din.
Beberapa kategori anugerah seperti Pengurus PEDi dan Penolong Pengurus PEDi Terbaik, Usahawan PEDi Terbaik, PEDi Terbaik serta Anugerah Khas PEDi telah disampaikan bagi menghargai sumbangan mereka. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik juga diadakan sepanjang persidangan tersebut termasuk sesi masterclass, pocket talk dan perkongsian, reruai pameran daripada usahawan-usahawan PEDi, syarikat-syarikat telekomunikasi serta rakan kolaborasi.