|
Tujuan:
Mempelajari cara pengurusan dan pemasaran digital salon dan spa
Aktiviti:
Program ini merupakan anjuran PASAK Perak dengan bimbingan petugas PEDi, Rakan digital serta Humaira SalonSpa.
Petugas PEDi memberi panduan dan pendedahan cara membuat poster, video pendek menggunakan aplikasi Canva serta google business kepada peserta usahawan salon dan spa perak. Turut terlibat Rakan digital PEDi Kg Tersusun Batu 8 yang memberikan pendedahan tentang Facebook ads campaign traffic kepada usahawan-usahawan terlibat.
Selain itu, kakitangan Humaira SalonSpa turut memberikan pendedahan kepaada usahawan-usahawan berkenaan dengan aplikasi Fresha yang mana merupakan sebuah aplikasi untuk memudahkan pelanggan salon dan spa untuk membuat tempahan.
Usahawan-usahawan salon dan spa juga turut didedahkan kepada penggunaan web domain MYNIC.