"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"

Biasanya seorang individu itu akan melalui beberapa jenis peringkat pendidikan seperti :

  • Tadika
  • Sekolah Rendah 
  • Sekolah Menengah
  • Institusi Pergajian Tinggi

Antara tempat pendidikan yang terdapat berhampiran dengan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Tersusun Batu 8 adalah :


1) TASKA PERMATA KEMAS

   Taska permata kemas kg tersusun ini telah ditubuhkan pada tahun 2003 dibawah selian kemas negeri dan betul - betul bersebelahan dengan pusat internet malaysia kg tersusun batu8, taska ini menerima murid - murid dari umur 2 tahun hingga 4 tahun. kedudukan kawasan taska ini yang betul di tengah  kampung tersusun menjadikan ia pilihan ibubapa yang bekerja untuk menghantar anak mereka ke taska ini kerana dekat dengan rumah dan senag untuk manghanatar anak mereka.

Pada sesi 2016 taska ini mempunyai 18 murid lelaki dan perempaun dan 4 orang cikgu serta 1 orang pembantu, taska permata kemas ini beropersi dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang

 

2) TABIKA KEMAS KG TERSUSUN BATU 8

    Tabika kemas yang mula beroperasi pada tahun 2003 ini berkongsi bangunan dengan taska permata kemas kg tersusun. tabika kemas ini menerima murid dari umur 5 tahun hingga 6 tahun. kebayakan murid tabika kemas terdidri daripada anak-anak penduduk kampung tersusun dan juga murid dari taska permata kemas yang telag berumur 5 tahun keatas.

Pada sesi 2016 tabika kemas ini menerima 21 orang murid terdiri dari 7 murid perempuan dan 14 murid lelaki, serta 2 cikgu dan 2 pembantu. tabika ini beroperasi dari pukul 7.30 pagi hingga 2.00 petang


 

3) SEKOLAH RENDAH

Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.

Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.

Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Ujian tersebut menguji:-
  • Penguasaan kefahaman, penulisan dan lisan bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  • Penguasaan kemahiran matematik
  • Penguasaan konsep sains

terdapat 6 buah sekolah rendah yang berdekatan dengan pusat internet 1malaysia kg tersusun batu 8 dan sering menjadi pilihan penduduk setempat, iaitu terdiri daripada 4 buah sekolah kebangsaan dan 2 buah sekolah jenis kebangsaan. antara sekolah - sekolah tersebut ialah :

 

a) Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan (skpph)

    Merupakan sebuah sekolah rendahyang terletak 3.1 kilometerdari kg tersusun batu 8di negeri perak. Pembinaan SKPPH ini bermula pada tahun 1967 dan siap untuk digunakan pada 6 Mei 1968. Ia dibina di atas tapak seluas lebih kurang 3 ekar yang diberi secara percuma oleh pihak BrigedUtara Pasukan Polis Hutan. Tanggal 9 Mac 1969 merupakan hari bersejarah kerana sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia,Mohamed Khir Johari pada ketika itu.

pada sesi pembelajaran tahun 2016 skpph, pengetua sekolah ini En. Ismail Bin Yusuff telah menerima masuk 688 orang pelajar  lelaki dan perempuan termasuk pelajar pendidikan khas dan pelajar pra sekolah, seramai 69 orang tenaga pengajar yang masih berkhidmat di skkph ini. sekolah yang sebahagian besar murid - muridnya adalah terdiri daripada anak- anak anggota pasukan polis hutan ini beroperasi pada sesi pagi sahaja.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta
Jalan Pasukan Polis Hutan
31150, Ulu Kinta Perak, Malaysia
 
No Tel : 05 - 5335358 /  05 – 5331363
Fax : 05 – 5331131 /  05 - 5330445

 

b) Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Putra (SKBBP)

   Sekolah ini ditempatkan didalam kawasan perumahan Bandar Baru Putra, Bercham.  Jarak sekolah dari pusat internet  1malaysia kg tersusun batu 8 ialah 5.2 km. SK Bandar Baru Putera adalah berstatus luar bandar dan dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merealisasikan hasrat kementerian untuk mewujudkan sekolah 1 sesi di negara ini. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2002. Kebanyakkan pelajar sekolah ini adalah dari sekitar taman perumahan Bandar Baru Putera, Bercham.

Seramai 692 orang murid lelaki dan permpuan telah berdaftar pada sesi persekolahan tahun 2016, dan seramai 54 orang guru bertugas di SKBBP.  Pengetua sekolah ini ialah Pn.Naimah Binti Jaafar

Sekolah Kebangsaan Bandar
Baru Putera Jalan Bercham
31400, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
No Tel : 605 - 5333959
Faks : 605 - 5331320
 facebook : https://www.facebook.com/skbbputera/

 

c) SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG RAMBUTAN (SKTR)

 sekolah yang terletak dalam jarak 3 km dari kg tersusun batu 8 ini telah lama ditubuhkan oleh kerajaan. sekolah yang bersesi sebelah pagi sahaja ini turut menempatkan murid-murid pra sekolah yang berusia antara 5 - 6 tahun. pada tahun 2016  sekolah kebangsaan tanjung rambutan ini mempunyai pelajar seramai 644 orang terdiri daripada 300 pelajar lelaki, 344 pelajar perempuan dan 75 orang murid pra-sekolah. Pengetua sekolah ini ialah Pn Hjh Latifah bt saad manakala tenaga pendidik di sekolah ini pula  seramai 61 orang guru dan 8 orang staf.

Sekolah Kebangsaan Tanjong Rambutan
Jalan Stesyen
31250, Tanjong Rambutan
Perak 
No.Tel :05 - 5332950
Faks : 05 - 5332950

 

d) SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST, TANJONG RAMBUTAN

 

   Sekolah yang terletak di dalam kawasan pekan  tanjung rambutan telah dibuka pada tahun 1929, jarak sekolah ini dengan kg tersusun batu 8 dalam lingkungan 4 kilometer sahaja. SK Methodist ini mempunyai 2 sesi persekolahan iaitu di sebelah pagi bagi pelajar tahun 4,5 dan 6 manakala disebelah petang bagi pelajar tahun 1,2, dan 3. Pada sesi persekolahan tahun 2016 SK Methodist ini menerima pelajar seramai 303 orang terdiri daripada 143 pelajar lelaki dan 160 pelajar perampuan.

pengetua semasa sekolah kebangsaan methodist ini ialah En. Silvarju Venedict dan seramai 36 orang guru yang masih berkhidmat di bawah jagaan beliau setakat ini. Pada tahun 2013 sekolah ini berjaya mejuarai 3 kejohanan Choral Speaking di Peringkat Zon,peringkat Daerah dan peringkat Negeri dan johan koir pada tahun yang sama di peringkat zon.

 

Sekolah Kebangsaan Methodist
Jalan Chemor
31250, Tanjong Rambutan
Perak
No. Tel : 055331727
Faks : 055330052
 

e) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) TAT CHOI

 

  Satu-satunya sekolah jenis kebangsaan cina bawah selian kerajaan yang terdapat di bandar tanjung rambutan, sekolah yang ditubuhkan pada tahun 1913 ini terletak berhampiran pasar besar tanjung rambutan dan cuma 3.5 km dari kg tersusun batu 8. majoriti murid sekolah ini ialah kaum cina tetapi masih terdapat juga murid-murid dari kaum lain yang turut berlajar di skj(c) tot choi ini.

sekolah yang hampir mencecah usia 103 tahun ini menerima pelajar seramai 121 pada sesi persekolahan 2016, dimana 54 orang pelajar lelaki dan 67 orang pelajar perempuan dan beroperasi satu sesi sahaja di sebelah pagi. Pengetua sekolah jenis kebangsaan (c) tat choi sekarang ialah chew silew le dan seramai 15 orang guru dibawah beliau yang masih mangajar.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tat Choi
7, Jalan Majlis
31250, Tanjong Rambutan
Negeri Perak, Malaysia
No. Tel : 055331671
Faks : 055331671

 

f) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) TANJONG RAMBUTAN

 

  Sekolah yang dibina oleh kerajaan ini merupakan satu-satunya sekolah jenis kebangsaan tamil yang berhampiran dengan pekan tanjung rambutan dan ulu kinta. majoriti murid sekolah ini ilah kaum india,sekolah ini juga turut menempatkan murid pra-sekolah. pada sesi persekolahan 2016 SJK(T) Tanjung Rambutan ini menerima pelajar seramai 278 orang terdiri daripada 123 pelajar lelaki dan 155 pelajar perempuan. 50 orang pelajar pra-sekolah.

sekolah ini beropersi pada dua sesi pembelajaran dimana sesi pagi bagi murid tahun1,tahun3,tahun4,tahun5 dan tahun 6 manakala di sesi sebelah petang ialah untuk pelajar tahun 2 sahaja . Pengetua semasa sekolah ini ialah En. Muthu selvean a/l tanimallal.

 

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Tanjong Rambutan
Jalan Stesyen
31250, Tanjong Rambutan
Negeri Perak
No. Tel :  6055331709
Faks : 055331709

facebook : https://www.facebook.com/pages/SJKTTanjong-Rambutan


 
 

4) SEKOLAH MENENGAH

Sekolah menengah awam merupakan pelanjutan daripada pendidikan rendah. Pengajian ini melibatkan usia 13 hingga 17 tahun dan para pelajar belajar bermula daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Pendidikan sekolah menengah terbahagi kepada 2 kategori iaitu :

  1. Pendidikan menengah rendah (Tingkatan 1 – tingkatan 3)
  2. Pendidikan menengah atas 9tingkatan 4 – tingkatan 5)

Pada akhir Tingkatan 3 para pelajar akan mendudukiPenilaian Menengah Rendah (PMR). Berdasarkan pencapaian PMR, mereka boleh memilih untuk bersekolah di sekolah berasrama  penuh ataupun sekolah teknik & vokasional. Berdasarkan keputusan PMR juga para pelajar akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera.

Pada akhir Tingkatan 5, para pelajar perlu menduduk peperiksaanSijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. Melalui keputusan SPM inilah mereka akan menentukan samada mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA/IPTS ataupun memulakan kerjaya dalam pekerjaan.

Terdapat 2 sekolah menengah yang berhampiran dengan Kg Tersusun Batu8 iaitu :

 

 

a) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ULU KINTA (SMKUK)

   Pada tahun 1975 sekolah ini mula dibina bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke peringkat menengah selepas tamat peringkat darjah di SKPPH. Ia mula dirasmikan pada tahun 1977 dimana sesi persekolahan bermula dengan pengambilan pelajar kelas Peralihan dan Tingkatan 1 dan penamaan sekolah pada awalnya ialahSekolah Menengah Rendah Ulu Kinta. Sepuluh tahun kemudiannya sekolah ini telah bertukar nama kepadaSekolah Menengah Ulu Kinta (SMKUK).

Pada sesi persekolahan 2016 sekolah ini menerima kemasukan pelajar seramai 1300 orang. SMKUK ini beroperasi 2 sesi iaitu di sebelah pagi untuk pelajar tingkatan 3 hingga tingkatan 5 manakala di sebelah petang untuk pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2. Jumlah guru yang masih bertugas sehingga kini ialah seramai 81 orang untuk sesi pagi dan 30 orang. Pengetua SMKUK ini ialah Pn. Hjh Noraini Bt Ibrahim.

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta
Jalan Pasukan Polis Hutan
31150, Ulu Kinta
Perak
No. Tel : 05 - 5331363
Faks : 05 - 5330445

 

b) SEKOLAH MENENGAH BANDAR BARU PUTRA (SMKBBP)

  SMK Bandar Baru Putra terletak 10 km dari Bandaraya Ipoh iaitu di dalam kawasan perumahan Bandar Baru Putra. Keluasan kawasannya adalah 4.80 hektar (11.87 ekar). Sekolah ini dibuka pada tanggal 1hb Ogos 2009 dan diuruskan oleh dua orang pengurus operasi iaitu En Abdul Rahman bin Mohd Basir dengan dibantu oleh En. Shaharuddin b Sani. Pembinaan sekolah ini adalah di bawah pembiayaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Perbelanjaannya dianggarkan RM 20 juta. Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada 4hb Januari 2010, Sekolah inidilengkapi dengan 5 blok iaitu blok pentadbiran, blok akademik, bengkel dan makmal, bilik-bilik khas, kantin dan dewan serba guna. Blok pentadbiran merangkumi pejabat, bilik guru, bilik gerakan, pusat sumber, bilik tayangan, bilik multimedia, bilik kaunseling, bilik peperiksaan dan bilik fail.

seramai 872 orang pelajar yang berdaftar di sekolah ini pada sesi persekolahan 2016, seramai 412 orang pelajar lelaki dan 460 pelajar perempuan. sekolah yang beroperasi pada sesi pagi sahaja, mempunyai 64 orang guru yang masih bertugas dan pengetua SMKBBp ini ialah En. Hj Muhd Nor Bin Ahmad.

 
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Putra
Persiaran Putera 9, 
Bandar Baru Putra, 
31400 Bercham, Ipoh.
Perak
No . Tel : 05 - 533 6437
Faks : 05 - 533 6470
website : https://smk2bp.wordpress.com/